Connect with us

Gaya Hidup

Yuran murah namun berkualiti, Universiti di Malaysia kini jadi pilihan pelajar antarabangsa

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Malaysia semakin popular sebagai destinasi pengajian luar negara bagi pelajar antarabangsa, berikutan prestasi universiti yang berkualiti tinggi, yuran pengajian yang berpatutan, dan kos sara hidup yang rendah.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi pengajian luar negara bagi pelajar antarabangsa, berikutan prestasi universiti yang berkualiti tinggi, yuran pengajian yang berpatutan, dan kos sara hidup yang rendah.

Laporan The Economis Times menyatakan Malaysia mempunyai lapan universiti yang tersenarai dalam 500 universiti terbaik di QS World University Rankings 2025.

Selain itu, negara ini juga menawarkan gaya hidup yang sangat berpatutan berbanding destinasi pengajian luar negara terkemuka lain apabila Malaysia dianggarkan dua pertiga lebih murah untuk didiami berbanding Amerika Syarikat dan separuh kos berbanding Kanada serta Ireland.

Selain itu, menurut laporan ICEF Monitor, yuran pengajian tahunan bagi program ijazah sarjana muda secara purata adalah sekitar USD 6,000 (RM26 000).

Pada tahun 2023, kesemua 10 pasaran utama Malaysia berada di Asia dan Afrika. India muncul sebagai salah satu pasaran utama sumber pelajar antarabangsa Malaysia, menduduki tempat kelima antara penyumbang utama pada tahun tersebut.

Pelajar dari India menghantar 1,900 permohonan, menunjukkan peningkatan sebanyak 18 peratus berbanding 2022. Ini membuktikan tarikan Malaysia yang semakin berkembang sebagai destinasi pengajian luar negara bagi pelajar India.

Menurut laporan ICEF, kerajaan Malaysia telah mengambil pendekatan selektif terhadap dasar kerja selepas pengajian untuk pelajar antarabangsa.

Pada tahun lepas, pelajar dari 23 negara, termasuk Australia, AS, UK, Jerman, Jepun, Singapura, Arab Saudi, UAE, Switzerland, dan Finland, layak untuk mendapatkan Graduate Pass selama 12 bulan.

Walaupun pelajar dari negara-negara ini tidak menjadikan Malaysia sebagai pilihan pusat pengajian utama mereka namun Malaysia tetap memilih negara tersebut untuk promosi dua hala antara negara.

Pada 2024, beberapa pelajar India dan China juga diberikan akses kepada Graduate Pass dengan syarat tertentu. Dasar yang pada asalnya dijadualkan tamat pada penghujung 2024 kini telah dilanjutkan hingga penghujung 2026.

Graduate Pass kini dilihat semakin menarik perhatian pelajar antarabangsa apabila Times Higher Education melaporkan bahawa pageview Malaysia di platform carian Studyportals telah meningkat kira-kira satu perempat tahun ini, dengan peningkatan yang sangat ketara dari AS, Arab Saudi, dan UAE.

Pelajar antarabangsa cenderung datang ke Malaysia untuk memperoleh ijazah. Ijazah sarjana muda kekal sebagai yang paling popular, tetapi sejak 2019, terdapat peningkatan yang ketara pada tahap ijazah sarjana dan pascasiswazah.

Menurut laporan Forbes, dengan mengadaptasi strategi yang berfokus pada masa hadapan, institusi pengajian tinggi Malaysia secara efektif sedang melangkaui had tradisional dan membentuk semula keseimbangan kuasa akademik.- The Merdeka Times

Author