Agama
(VIDEO) KK Mart, bila masa ‘ham’ ini halal? – Ketua Pemuda UMNO

- “Oklah mungkin untuk anak-anak orang Cina, India atau bukan Melayu, boleh terima. Tapi tengok kat belakang ini, ada tulis logo halal pula. Saya nak tanya kepada KK Mart, bila masa ham ini halal? Dan bagaimana produk ini dapat logo halal ini?” soal Dr. Muhamad Akmal dalam hantaran video yang dibuat beliau di Facebook.
- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa pihak polis untuk menyiasat penjualan ‘sandwich ham’ mempunyai logo halal dalam kampus Universiti Malaya.
- Dua hari lalu, UM dalam kenyataan, telah bertindak menutup dua premis jualan runcit 24 jam serta-merta berikutan dakwaan penemuan produk pek sandwic yang diragui halal.
KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa pihak polis untuk menyiasat penjualan ‘sandwich ham’ mempunyai logo halal dalam kampus Universiti Malaya.
Tegasnya, penjualan ‘ham’ atau produk daripada babi dengan mempunyai logo halal tidak boleh diterima.
“Nak tahu ham ini apa? Ini bermaksud ham iaitu ada unsur khinzir dalam itu, ada daging babi. Sudah la jual ham and cheese dalam UM, rata-ratanya pelajar Melayu pun ada kat situ.
“Oklah mungkin untuk anak-anak orang Cina, India atau bukan Melayu, boleh terima. Tapi tengok kat belakang ini, ada tulis logo halal pula. Saya nak tanya kepada KK Mart, bila masa ham ini halal? Dan bagaimana produk ini dapat logo halal ini?” soal Dr. Muhamad Akmal dalam hantaran video yang dibuat beliau di Facebook.
Berikutan isu terbabit, Dr. Muhammad Akmal turut mempersoalkan jaminan keselamatan produk yang mempunyai logo halal yang dijual rangkaian KK Mart.
“Kali ini isu ham and cheese dapat logo halal dan dijual dalam KK Mart dalam UM. Apakah produk dalam KK Mart ada logo halal, ada jaminan halal?
“Jadi saya minta polis siasat dan laporan polis sudah dibuat, pihak yang terlibat, agensi terlibat tolong ambil tindakan,” tegasnya.
Dua hari lalu, UM dalam kenyataan, telah bertindak menutup dua premis jualan runcit 24 jam serta-merta berikutan dakwaan penemuan produk pek sandwic yang diragui halal.
UM memaklumkan, arahan penutupan tersebut dikeluarkan bagi memberi ruang agar siasatan yang dilaksanakan untuk mengesahkan dakwaan tersebut tidak terganggu.
“Terdapat penemuan produk pek sandwic yang memaparkan label ‘sandwic ham & cheese’ serta keraguan terhadap penggunaan logo halal bagi produk tersebut yang didapati di gedung berkenaan.
“Oleh itu, premis berkenaan akan ditutup sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya pada Sabtu. -The Merdeka Times
