Connect with us

Antarabangsa

Trump beritahu Putin hentikan perang di Ukraine atau hadapi sekatan baru

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Russia, Vladimir Putin (Kiri) & Presiden terpilih Donald Trump (Kanan)
  • Trump beri amaran kenakan sekatan ke atas Rusia jika Putin terus berperang di Ukraine.
  • Menurut Trump beliau sebenarnya membantu Putin jika dia tamatkan perang.
  • Rusia tidak memberi kenyataan balas namun berkata kini wujud satu peluang kecil untuk Moscow ke meja rundingan.

Donald Trump memberi amaran bahawa beliau akan mengenakan tarif tinggi dan sekatan lanjut ke atas Rusia jika Vladimir Putin gagal menghentikan perang di Ukraine.

Menulis di platform media sosialnya, Truth Social, Trump berkata bahawa dengan menekan untuk menyelesaikan perang, beliau sedang memberikan “bantuan yang sangat besar” kepada Rusia dan presidennya.

“Selesaikan sekarang dan hentikan perang yang tidak masuk akal ini! Ia akan hanya menjadi lebih buruk. Jika kita tidak mencapai ‘perjanjian’, maka pada masa depan saya tiada pilihan lain selain mengenakan cukai tinggi, tarif, dan sekatan ke atas segala yang dijual oleh Rusia kepada Amerika Syarikat, dan negara-negara lain yang terlibat,” jelas Trump.

Rusia setakat ini masih belum memberikan maklum balas terhadap kenyataan tersebut.

Namun pegawai kanan Rusia baru-baru ini mengatakan bahawa terdapat peluang kecil untuk Moscow berurusan dengan pentadbiran baru AS.

Putin sebelum ini telah berulang kali menyatakan bahawa beliau bersedia untuk berunding bagi menamatkan perang yang tercetus sejak 2014, namun Ukraine perlu menerima penguasaan wilayah oleh Rusia, yang kini meliputi sekitar 20 peratus dari tanah Ukraine.

Putin juga menolak penyertaan Ukraine dalam NATO. -The Merdeka Times

Author