Connect with us

Terkini

Tiada tolak ansur isu penganiayaan di institusi ketenteraan – Mohamed Khaled

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto : Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
  • Kementerian Pertahanan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penganiayaan, termasuk budaya buli atau ragging dalam institusi ketenteraan di bawah kementerian itu, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
  • “Sekiranya bersalah, individu berkenaan akan dikenakan tindakan disiplin yang tegas,” katanya kepada Bernama menerusi kiriman WhatsApp.
  • Beliau mengulas dakwaan seorang Ahli Parlimen mengenai kejadian buli atau ragging keterlaluan membabitkan pelajar institusi ketenteraan di ibu negara.
  • Ahli Parlimen itu turut mendakwa suara ibu bapa disekat bagi mendedahkan kebenaran dan menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan dengan segera.

KUALA LUMPUR — Kementerian Pertahanan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penganiayaan, termasuk budaya buli atau ragging dalam institusi ketenteraan di bawah kementerian itu, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata sebarang dakwaan berkaitan isu penganiayaan akan disiasat dan diberikan perhatian serius.

“Sekiranya bersalah, individu berkenaan akan dikenakan tindakan disiplin yang tegas,” katanya kepada Bernama menerusi kiriman WhatsApp.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan seorang Ahli Parlimen mengenai kejadian buli atau ragging keterlaluan membabitkan pelajar institusi ketenteraan di ibu negara.

Menerusi perkongsian di laman Facebook pada 3 Jan lepas, Ahli Parlimen itu mendakwa berlaku kejadian buli melibatkan beberapa pelajar di institusi ketenteraan itu sehingga membahayakan nyawa.

Beliau turut mendakwa suara ibu bapa disekat bagi mendedahkan kebenaran dan menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan dengan segera. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *