Connect with us

Antarabangsa

Thailand negara pertama Asia Tenggara iktiraf perkahwinan sama jenis

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan

Thailand menjadi negara pertama di Asia Tenggara dan ketiga di Asia, yang membenarkan perkahwinan sesama jantina menerusi penguatkuasaan Undang-Undang Perkahwinan Sama Jantina hari ini.

Penguatkuasaan itu menyebabkan lebih 180 pasangan sejenis mendaftar perkahwinan mereka di salah satu pusat beli-belah terbesar di Bangkok, dalam satu acara yang dibantu oleh pihak berkuasa bagi meraikan undang-undang tersebut.

Ini bermakna pasangan LGBTQ+ di Thailand kini mempunyai hak yang sama seperti pasangan lain untuk bertunang dan berkahwin, menguruskan aset mereka, mewarisi harta, dan mengambil anak angkat.

Mereka juga boleh membuat keputusan mengenai rawatan perubatan jika pasangan mereka jatuh sakit dan tidak berupaya, atau melanjutkan manfaat kewangan  seperti pencen kerajaan kepada pasangan mereka. -The Merdeka Times

Author