Connect with us

Antarabangsa

Taliban jual zamrud, emas dan permata dalam usaha bantu pulih ekonomi Afghanistan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Dalam usaha untuk memulihkan ekonomi Afghanistan yang semakin lemah, kerajaan Taliban mengusahakan aktiviti perlombongan mereka sendiri melibatkan zamrud, emas dan batu permata di negara itu.
  • Tanpa sebarang bantuan Amerika Syarikat (AS) puak Taliban memberi tumpuan ekonomi harapannya kepada pembeli dan pelabur dari China, Rusia dan Iran.

Dalam usaha untuk memulihkan ekonomi Afghanistan yang semakin lemah, kerajaan Taliban mengusahakan aktiviti perlombongan mereka sendiri melibatkan zamrud, emas dan batu permata di negara itu.

Tanpa sebarang bantuan Amerika Syarikat (AS) puak Taliban memberi tumpuan ekonomi harapannya kepada pembeli dan pelabur dari China, Rusia dan Iran.

April lalu, Bank Dunia menganggarkan ekonomi Afghanistan telah hilang lebih daripada satu per empat nilainya berbanding dua tahun lalu.

Taliban mengambil alih Afghanistan pada Ogos 2021 setelah tentera AS bertindak meninggalkan negara itu selepas 20 tahun dilanda peperangan.

Kemelesetan ekonomi di Afghanistan disebabkan beberapa faktor termasuk tindakan AS menarik balik bantuan dan pengharaman pengeluaran candu.

Bank Dunia berkata tindakan itu menyebabkan Afghanistan kehilangan AS$1.3 bilion sekaligus mengikis lapan peratus ekonomi negara tersebut.

Bagaimanapun, Pentagon menganggarkan Afghanistan mempunyai simpanan sebanyak AS$1 trilion  batu permata, galian dan logam yang boleh dilombong. -The Merdeka Times

Author