Antarabangsa
Taliban galak anak perempuan ke Madrasah belajar ilmu Islam – Wanita Malaysia di Afghanistan

- Menurut Nabilah Shahrudin, seorang wanita Malaysia yang sudah menetap lima tahun di Mazar E Sharif dan mengahwini warga Afghanistan, dalam hal ehwal pendidikan, Taliban amat menitik beratkan kanak-kanak perempuan perlu didedahkan dengan mata pelajaran Islam seperti Feqah, Tafsir, Tajwid dan Sirah agar generasi wanita mereka dapat melahirkan anak-anak yang terjaga ilmu agamanya.
- “Oleh kerana itu, anak anak perempuan sangat digalakkan untuk ke madrasah selepas darjah 6 untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam mata pelajaran islamiah. On a side note, ini hanya untuk sekolah kerajaan,” jelasnya.
- Nabilah juga menepis dakwaan aktivis Pendidikan Pakistan, Malala Yousafzai yang dengan lantang mengkritik Taliban tidak melihat wanita sebagai manusia.
- “Sebagai seorang wanita Malaysia yang berkahwin dengan lelaki Afghan, saya tidak pernah rasa ditindas. Saya bebas untuk mengambil teksi/tuktuk untuk ke bazar untuk membeli barang.
AFGHANISTAN – Kerajaan Taliban adalah sebuah kerajaan Islam yang menerapkan nilai syariah dalam pentadbiran mereka.
Menurut Nabilah Shahrudin, seorang wanita Malaysia yang sudah menetap lima tahun di Mazar E Sharif dan mengahwini warga Afghanistan, dalam hal ehwal pendidikan, Taliban amat menitik beratkan kanak-kanak perempuan perlu didedahkan dengan mata pelajaran Islam seperti Feqah, Tafsir, Tajwid dan Sirah agar generasi wanita mereka dapat melahirkan anak-anak yang terjaga ilmu agamanya.
“Oleh kerana itu, anak anak perempuan sangat digalakkan untuk ke madrasah selepas darjah 6 untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam mata pelajaran islamiah. On a side note, ini hanya untuk sekolah kerajaan,” jelasnya sewaktu dihubungi The Merdeka Times.
Tambah Nabilah, situasi agak berlainan buat anak perempuan yang datang daripada keluarga yang berada.
“Anak anak perempuan yang dari keluarga berada tidak dihalang untuk melanjutkan pelajaran mereka seperti biasa di institusi pendidikan swasta,” tambahnya.
Bagaimanapun menurut Nabilah, pemerintahan ini mungkin akan menghentikan juga sekolah swasta sehingga modul silibus pendidikan baru khusus buat kanak-kanak perempuan di negara itu diterapkan.
Nabilah juga menepis dakwaan aktivis Pendidikan Pakistan, Malala Yousafzai yang dengan lantang mengkritik Taliban tidak melihat wanita sebagai manusia.
“Sebagai seorang wanita Malaysia yang berkahwin dengan lelaki Afghan, saya tidak pernah rasa ditindas. Saya bebas untuk mengambil teksi/tuktuk untuk ke bazar untuk membeli barang.
“Saya berpurdah, dan saya fluent bercakap Farsi dan tidak siapa akan tahu bahawa saya orang luar dan saya tidak pernah dilayan sebagai seorang foreigner,” tegas Nabilah.
Nabilah turut berkongsi 80 peratus orang awam yang berada di bazar adalah wanita di mana 20 peratus lagi adalah lelaki kerana mereka adalah yang berniaga di bazar.
“Statement Malala “Taliban does not see women as human” semestinya salah kerana peraturan yang ditetapkan adalah untuk menaikkan martabat wanita dan melindungi wanita walaupun di mata dunia it may seem otherwise,” bidas Nabilah.
Aktivis pendidikan, Malala Yousafzai baru-baru ini menggesa pemimpin negara Islam supaya mencabar kerajaan Taliban dan polisinya yang menindas perempuan dan wanita di Afghanistan. -The Merdeka Times
