Connect with us

Terkini

Ramai bukan Melayu ambil mudah sikap toleransi orang Melayu-Islam – Apek Cina

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Peguam, Tai Zee How
  • Peguam, Tai Zee How atau lebih dikenali sebagai ‘Apek Cina’ berkata disebabkan sikap “ambil mudah” itu orang Melayu-Islam marah, terutama apabila terdapat individu memperlekehkan Islam.
  • Orang Melayu-Islam adalah kaum yang mengamalkan kesederhanaan, berkasih sayang dan toleransi tahap tinggi kerana itu walaupun Perlembagaan menyatakan agama Islam sebagai Agama Persekutuan, tokong, gereja dan kuil tetap kelihatan ‘merata’ dalam negara ini.
  • Malah, ribuan juga sekolah vernakular Cina dan Tamil didirikan, Tahun Baru Cina dan Deepavali dapat cuti umum serta kaum lain berupaya menjadi Menteri, Ketua Menteri, Ketua Setiausaha (KSU) dan KP (Ketua Pengarah), walaupun bukan se-agama, se-budaya dengan anak watan Bumiputera.
  • “Ini susah nampak di negara lain. Namun, ramai di kalangan bukan Melayu telah “take things for granted”,” kata Zee How menerusi hantaran di Facebook semalam.

KUALA LUMPUR — Ramai dalam kalangan bukan Melayu tidak menghargai dan “take things for granted” atau ambil mudah sikap toleransi orang Melayu-Islam, kata seorang peguam dikenali sebagai Tai Zee How atau ‘Apek Cina’.

Zee How berkata disebabkan sikap ambil mudah itu orang Melayu-Islam marah, lagi-lagi apabila terdapat individu memperlekehkan agama Islam.

Zee How berkata orang Melayu-Islam adalah kaum yang mengamalkan kesederhanaan, berkasih sayang dan toleransi dengan tahap yang tinggi kerana itu walaupun Perlembagaan menyatakan agama Islam sebagai agama Persekutuan, tokong, gereja dan kuil tetap kelihatan di mana-mana di negara ini.

Malah, ribuan juga sekolah vernakular Cina dan Tamil didirikan, Tahun Baru Cina dan Deepavali dapat cuti umum serta kaum lain berupaya menjadi Menteri, Ketua Menteri, Ketua Setiausaha (KSU) dan KP (Ketua Pengarah), walaupun bukan se-agama, se-budaya dengan anak watan Bumiputera.

“Ini susah untuk dilihat di negara lain. Namun, ramai dalam kalangan bukan Melayu telah “take things for granted.”

“Orang Melayu Islam langsung tak hirau kita nak buat apa termasuk kami non-Muslim makan benda tak halal di kedai non-Muslim, mereka ok je…. Kami sembahyang, buat perayaan keagamaan atas jalan raya dengan elok-elok, mereka ok je… Kami nak kerja, niaga, semua tu, mereka ok je.

“Masalahnya, bila orang bukan Islam nak campur hal orang Islam, contohnya, nak jual benda halal kepada orang Muslim. Ada produk yang tiada kaitan dengan isu halal, contoh, kalau saya jual kereta Honda, ataupun jual iPad, itu tiada masalah.

“Ada juga yang nak kritik agama Islam, dan kritikan itu pula berbau sindiran tanpa asas. Bila warga bukan-Muslim nak sentuh hal orang Islam, kita kena ikut peraturannya. Lagipun, orang Melayu tidak paksa orang bukan Islam untuk berniaga dengan mereka.

“Orang Melayu Islam marah, sebab orang lain “take things for granted”  dan memperlekeh agama mereka. Itu sahaja,” kata Zee How menerusi hantaran di Facebook di sini semalam.

 

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Ulasan Apek Cina.

Kenyataan itu ditulis kerana kebelakangan ini beliau sering diajukan pertanyaan oleh rakan bukan Melayu berkenaan mengapa orang Melayu mudah marah dan sering ingin memboikot sesuatu perkara.

Zee How berkata apa yang dirasakan kelompok Melayu-Islam itu sama situasinya jika melibatkan orang Thailand di mana sekiranya ada di antara kita menghina Buddha yang semestinya akan menjentik kemarahan orang Thailand.

Beliau berkata seperti masyarakat di tanah besar China pula sekiranya kita memperlekehkan pemimpinnya pasti rakyat China akan sangat marah, begitu juga dengan orang Hindu, jika kita menyindir agamanya atau menjual lembu tanpa mengikut peraturan agama mereka pastinya akan merasakan perasaan sama. 

“So, orang Melayu Islam memang dah banyak bertoleransi, dan pula ada orang tanya kenapa mereka marah. Justeru, jawapan singkat saya adalah, kerana we take them for granted,” tambah  beliau.  — The Merdeka Times

Author