Connect with us

Antarabangsa

Profesor di China dakwa wanita boleh hidup sehingga 100 tahun jika lahirkan 10 anak

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Profesor di China dikecam kerana kata wanita boleh hidup sehinggga 100 tahun jika lahirkan 10 anak.
  • Antara dakwaan profesor itu wanita yang lahirkan ramai anak akan diberkati tuhan.
  • Profesor didesak kemukakan bukti saintifik atas dakwaan beliau.

SHANGHAI — Seorang profesor di China telah mengundang tindak balas negatif orang ramai apabila beliau mendakwa wanita yang melahirkan 10 orang anak mampu hidup sehingga 100 tahun.

Komen profesor dari pedalaman Mongolia di Utara China itu menjadi viral apabila klip videonya tersebar di media sosial seluruh China pada hujung Disember lalu, lapor Daxiang News.

“Setelah melahirkan anak, anda akan diberkati oleh tuhan. Dia akan memanjangkan umur anda,” kata profesor itu ketika bercakap kepada pelajar di bilik darjah.

“Sesetengah wanita berjaya dalam kerjaya mereka tetapi umur mereka pendek. Mereka bukan seperti nenek-nenek di kampung-kampung yang mempunyai lapan atau sepuluh orang anak. Mereka ini mampu hidup sehingga 90 tahun. Malah 100 tahun.

“Mereka juga tidak mengidap penyakit berbahaya. Peluang mereka untuk jatuh sakit amat nipis,” beliau menambah.

Profesor itu juga dikatakan bekerja sebagai seorang doktor dengan pendapatan 300,000 yuan (AS$41,000) setahun.

Cerita mengenai profesor itu mencetuskan reaksi negatif di sosial media dengan ramai di antara mereka mengecam pendidik terbabit.

Antara kecaman itu mendesak supaya profesor terbabit mengeluarkan bukti saintifik kenyataan  tersebut.

China kini dicengkam krisis penduduk semakin tua dan golongan muda pula tidak mahu berkahwin atau mendapatkan anak.

Jumlah penduduk negara itu menyusut buat pertama kalinya dalam tempoh 60 tahun. Angka itu terus menurun sebanyak 2.08 juta pada 2023. -The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *