Antarabangsa
Penindasan pendidikan wanita Afghanistan, Beri Taliban masa perkenal silibus selari asas pemerintahan – Aktivis

- Menurut aktivis kemanusiaan yang pernah ke Afghanistan, Lila Ruzaini Hussain setiap negara mempunyai cara pemerintahan tersendiri, dan dalam isu Afghanistan, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi keadaan pendidikan untuk anak perempuan.
- “Infrastruktur perlu diperbaiki, guru perlu dibayar gaji, dan sukatan pelajaran perlu diubah suai agar selari dengan sistem Islam dan syariah yang menjadi asas pemerintahan Afghanistan. Perubahan ini memerlukan masa dan pembiayaan.“Penting untuk diingat bahawa kerajaan semasa tidak boleh terus menggunakan sukatan pelajaran yang dibangunkan di bawah pengaruh Amerika Syarikat,” jelas Lila sewaktu dihubungi The Merdeka Times.
- Aktivis kemanusiaan yang turut aktif dalam kempen kesedaran isu Afghanistan itu mengulas kenyataan yang dikeluarkan aktivis pendidikan Pakistan, Malala Yousafzai yang menggesa pemimpin negara Islam supaya mencabar kerajaan Taliban dan polisinya yang didakwa menindas perempuan dan wanita di Afghanistan.
KUALA LUMPUR -Bagi menamatkan isu diskriminasi pendidikan terhadap pelajar wanita di Afghanistan, sukatan pelajaran di negara itu perlu diubah suai terlebih dahulu agar selari dengan sistem Islam dan syariah yang menjadi asas pemerintahan kerajaan Taliban.
Menurut aktivis kemanusiaan yang pernah ke Afghanistan, Lila Ruzaini Hussain setiap negara mempunyai cara pemerintahan tersendiri, dan dalam isu Afghanistan, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi keadaan pendidikan untuk anak perempuan.
“Infrastruktur perlu diperbaiki, guru perlu dibayar gaji, dan sukatan pelajaran perlu diubah suai agar selari dengan sistem Islam dan syariah yang menjadi asas pemerintahan Afghanistan. Perubahan ini memerlukan masa dan pembiayaan.
“Penting untuk diingat bahawa kerajaan semasa tidak boleh terus menggunakan sukatan pelajaran yang dibangunkan di bawah pengaruh Amerika Syarikat,” jelas Lila sewaktu dihubungi The Merdeka Times.
Aktivis kemanusiaan yang turut aktif dalam kempen kesedaran isu Afghanistan itu mengulas kenyataan yang dikeluarkan aktivis pendidikan Pakistan, Malala Yousafzai yang menggesa pemimpin negara Islam supaya mencabar kerajaan Taliban dan polisinya yang didakwa menindas perempuan dan wanita di Afghanistan.
Malala turut mengkritik Taliban dengan menyifatkan kerajaan tersebut tidak melihat wanita sebagai manusia.
Menurut Lila, usaha Taliban dalam memperkasa sistem pendidikan negara mereka sudah terbukti apabila baru-baru ini mereka menghantar beberapa pegawai kementerian pendidikannya ke Malaysia bagi mempelajari kaedah terbaik yang boleh dibawa pulang ke Kabul.
“Silibus tu mestilah menepati apa yang dikehendaki oleh kerajaan mereka. Sebab tu dihantar Kementerian Pendidikan dia untuk datang ke Malaysia untuk belajar, macam mana cara kaedah dan sebagainya, pelajaran-pelajaran dan sebagainya, mata pelajaran dan sebagainya,” tambah aktivis kemanusiaan tersebut.
Bagaimanapun menurut Lila, tiada larangan mutlak terhadap pendidikan swasta di negara tersebut.
“Di dalam pendidikan di Afghanistan, there is no absolute ban on private education. Maksudnya private education, NGO, kalau diorang nak datang, ada funding, boleh bayar cikgu diorang dan sebagainya, they can do it.
“Tetapi public school memang tak boleh sebab mesti ada funding yang cukup, diorang pun tak ada duit, economic issue, sanction dan sebagainya di mana diorang tak ada mampu untuk bayar cikgu, infrastruktur pendidikan, tak boleh, tak ada duit,” jelas Lila berdasarkan makluman yang diperolehnya daripada jurucakap Taliban sendiri.
Justeru Lila mengharapkan Malala yang dilihat amat berpengaruh di pentas antarabangsa agar menggunakan platformnya dalam menggalakkan penyertaan negara luar dan menyokong inisiatif kerajaan Taliban bagi memperbaiki Pendidikan negara tersebut.
“Saya berharap Malala dapat meluaskan usahanya untuk menangani isu-isu ini juga. Beliau seharusnya turun ke lapangan, melihat sendiri perjuangan masyarakat ini, dan memperjuangkan perubahan,” tegas aktivis kemanusiaan itu. -The Merdeka Times
