Connect with us

Antarabangsa

Penduduk Gaza turun enam peratus kerana genosid Israel – Laporan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Penduduk Gaza merosot sebanyak enam peratus menjelang akhir tahun 2024, akibat langsung daripada serangan kejam Israel ke atas wilayah konflik itu, menurut laporan Biro Perangkaan Pusat Palestin (PCBS).
  • Laporan PCBS diterbitkan pada Selasa dipetik QNN mendapati perang Israel yang berterusan menyebabkan 45,541 rakyat Palestin terkorban, kira-kira 11,000 hilang dan dipercayai berada di bawah runtuhan dan sekurang-kurangnya 100,000 terpaksa meninggalkan Gaza ketika kempen pemusnahan Israel terus memusnahkan wilayah itu.
  • Di Tebing Barat, serangan rejim Israel membunuh 835 rakyat Palestin dan mencederakan 6,450 yang lain.
  • Menurut data 2024 dikeluarkan PCBS, anggaran penduduk Negara Palestin pada akhir 2024 ialah 5.5 juta rakyat Palestin: 3.4 juta di Tebing Barat, manakala anggaran penduduk Gaza menurun kepada 2.1 juta.

Penduduk Gaza merosot sebanyak enam peratus menjelang akhir tahun 2024, akibat langsung daripada serangan kejam Israel ke atas wilayah konflik itu, menurut laporan Biro Perangkaan Pusat Palestin (PCBS).

Laporan PCBS diterbitkan pada Selasa dipetik Quds News Network (QNN) mendapati perang Israel yang berterusan telah menyebabkan 45,541 rakyat Palestin terkorban, kira-kira 11,000 hilang dan dipercayai berada di bawah runtuhan dan sekurang-kurangnya 100,000 terpaksa meninggalkan Gaza ketika kempen pemusnahan Israel terus memusnahkan wilayah itu.

Di Tebing Barat, serangan rejim Israel membunuh 835 rakyat Palestin dan mencederakan 6,450 yang lain.

Menurut data 2024 dikeluarkan PCBS, anggaran penduduk Negara Palestin pada akhir 2024 ialah 5.5 juta rakyat Palestin: 3.4 juta di Tebing Barat, manakala anggaran penduduk Gaza menurun kepada 2.1 juta.

Laporan itu juga mendedahkan “90 peratus kanak-kanak berumur 6 hingga 23 bulan dan wanita hamil” menghadapi kekurangan nutrisi yang teruk di Gaza.

Laporan itu menunjukkan tentera Israel sengaja “mensasarkan kumpulan tertentu penduduk, seperti kanak-kanak dan belia”, membawa kepada gangguan populasi ketara.

Menurut biro itu, keadaan ini akan mengurangkan kadar kelahiran dan menjejaskan struktur umur dan jantina penduduk pada tahun-tahun akan datang.

Laporan itu mengatakan pendudukan Israel juga telah memusnahkan “33 hospital, 64 pusat kesihatan, 161 institusi kesihatan, dan 131 ambulans”.

Akibat dari itu, penduduk Gaza sangat kekurangan “keperluan asas kehidupan,” termasuk perumahan, makanan, air dan akses kepada rawatan perubatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *