Connect with us

Terkini

Laporan Isu Pendidikan Cina 2024: Guru tidak fasih bahasa Cina dihantar ke sekolah Cina – Jiao Zong

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) menyatakan antara isu pendidikan Cina adalah ramai guru Bahasa Melayu yang tidak fasih berbahasa Cina telah dihantar ke sekolah Cina.
  • Jiao Zong berkata sekolah rendah vernakular Cina berdepan masalah kekurangan guru sejak 10 tahun lalu.
  • “Kementerian Pendidikan tidak menempatkan guru mengikut keperluan sebenar sekolah rendah Cina. 
  • “Contohnya, sekolah rendah Cina memerlukan guru Sains atau guru Matematik, tetapi mereka menghantar guru Bahasa Melayu yang tidak fasih berbahasa Cina, (perkara ini) menjejaskan kerja pentadbiran sekolah dan pengaturan guru,” kata Jiao Zong dalam Laporan Isu Pendidikan Cina 2024 yang disiarkan di laman sesawang rasminya hari ini.

KUALA LUMPUR – Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) menyatakan antara isu pendidikan Cina adalah ramai guru Bahasa Melayu yang tidak fasih berbahasa Cina telah dihantar ke sekolah Cina.

Jiao Zong berkata sekolah rendah vernakular Cina berdepan masalah kekurangan guru sejak 10 tahun lalu.

“Kementerian Pendidikan tidak menempatkan guru mengikut keperluan sebenar sekolah rendah Cina. 

“Contohnya, sekolah rendah Cina memerlukan guru Sains atau guru Matematik, tetapi mereka menghantar guru Bahasa Melayu yang tidak fasih berbahasa Cina, (perkara ini) menjejaskan kerja pentadbiran sekolah dan pengaturan guru,” kata Jiao Zong dalam Laporan Isu Pendidikan Cina 2024 yang disiarkan di laman sesawang rasminya hari ini.

Jiao Zong berkata guru Bahasa Melayu itu telah dihantar pada September tahun lalu, tetapi mereka tidak boleh mengajar subjek lain yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar.

“Apa yang membimbangkan ialah guru Bahasa Melayu di sekolah rendah Cina yang dilatih oleh Kementerian Pendidikan mungkin telah mengambil kuota guru mata pelajaran lain di sekolah rendah Cina, yang akan memburukkan lagi isu kekurangan guru di sekolah rendah Cina,” katanya.

Antara isu lain dibangkitkan dalam laporan itu, termasuk penolakan penyelarasan silibus Bahasa Melayu sekolah rendah vernakular dan isu penajaan syarikat arak dalam konsert amal sekolah rendah Cina. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *