Connect with us

Terkini

Kebakaran hutan Selatan California : Anwar zahir ucapan takziah

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kebakaran hutan dahsyat yang memusnahkan California Selatan di Amerika Syarikat
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menzahirkan ucapan takziah buat mereka yang terjejas akibat kebakaran hutan dahsyat yang memusnahkan California Selatan di Amerika Syarikat.
  • Dalam catatan Facebook, Anwar menyifatkan kebakaran hutan yang meragut banyak nyawa, memusnahkan ribuan bangunan dan menjejaskan banyak keluarga, sebagai satu tragedi yang menyentuh hati seluruh masyarakat.
  • Terdahulu, dilaporkan kebakaran hutan yang dahsyat didorong angin ribut yang kuat dan keadaan kering, telah merebak dengan pantas di bahagian utara dan barat laut Los Angeles pada Rabu, meragut lima nyawa dan menyebabkan ribuan rumah, perniagaan dan struktur lain terbakar.

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menzahirkan ucapan takziah buat mereka yang terjejas akibat kebakaran hutan dahsyat yang memusnahkan California Selatan di Amerika Syarikat.

Dalam catatan Facebook, Anwar menyifatkan kebakaran hutan yang meragut banyak nyawa, memusnahkan ribuan bangunan dan menjejaskan banyak keluarga, sebagai satu tragedi yang menyentuh hati seluruh masyarakat.

“Malaysia berdiri dalam solidariti bersama-sama rakyat dan kerajaan Amerika Syarikat pada masa yang sukar ini.

“Ingatan kami ialah kepada komuniti yang terjejas akibat krisis ini, serta perkhidmatan kecemasan yang dengan penuh berani berusaha melawan kebakaran itu,” kata beliau.

Terdahulu, dilaporkan kebakaran hutan yang dahsyat didorong angin ribut yang kuat dan keadaan kering, telah merebak dengan pantas di bahagian utara dan barat laut Los Angeles pada Rabu, meragut lima nyawa dan menyebabkan ribuan rumah, perniagaan dan struktur lain terbakar. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *