Connect with us

Terkini

KDN larang enam penerbitan berisiko memudaratkan moral

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Enam tajuk penerbitan yang mungkin memudaratkan kemoralan
  • Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301] terhadap enam tajuk penerbitan yang mungkin memudaratkan kemoralan.
  • KDN dalam kenyataan hari ini berkata perintah larangan di bawah Akta 301 itu berasaskan konsep kawalan dan pencegahan sebelum suatu ancaman atau kemudaratan berlaku, dalam masa sama ia juga membolehkan masyarakat mendapat pendedahan dan kesedaran mengenai hasil-hasil penerbitan tidak diingini dan tidak sesuai untuk bacaan umum.
  • Enam penerbitan terlibat ialah A Million Kisses In Your Lifetime oleh Monica Murphy; Lose You To Find Me (Erik J Brown), Punai (Asyraf Bakti); Scattered Showers (Rainbow Rowell); When Everything Feels Like The Movie (Raziel Reid) dan What If It’s Us (Becky Albertalli dan Adam Silverra).

KUALA LUMPUR — Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301] terhadap enam tajuk penerbitan yang mungkin memudaratkan kemoralan.

KDN dalam kenyataan hari ini berkata perintah larangan di bawah Akta 301 itu berasaskan konsep kawalan dan pencegahan sebelum suatu ancaman atau kemudaratan berlaku, dalam masa sama ia juga membolehkan masyarakat mendapat pendedahan dan kesedaran mengenai hasil-hasil penerbitan tidak diingini dan tidak sesuai untuk bacaan umum.

Katanya, tindakan Perintah Larangan bagi kesemua hasil penerbitan berkenaan selaras peruntukan di bawah subseksyen 7(1) Akta 301 yang menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan enam hasil penerbitan tersebut yang mungkin memudaratkan kemoralan adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.

“KDN telah mewartakan Perintah Larangan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301] berkuat kuasa pada 19 Disember 2024 terhadap enam (6) tajuk penerbitan melalui Warta Kerajaan yang berikut:‘A Million Kisses In Your Lifetime’ oleh Monica Murphy melalui Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) 2024 [P.U.(A) 409];

‘Lose You To Find Me’ oleh Erik J. Brown melalui Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No. 2) 2024 [P.U.(A) 410]; “Punai” oleh Asyraf Bakti melalui Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No. 3) 2024 [P.U.(A) 411];

“Scattered Showers” oleh Rainbow Rowell melalui Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No. 4) 2024 [P.U.(A) 412]; “When Everything Feels Like The Movie” oleh Raziel Reid melalui Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No. 5) 2024 [P.U.(A) 413]; dan “What If It’s Us” oleh Becky Albertalli dan Adam Silverra melalui Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No. 6) 2024 [P.U.(A) 414],” katanya.

Dalam pada itu, KDN juga mengingatkan bahawa berdasarkan peruntukan di bawah subseksyen 8(2) Akta 301, mana-mana individu yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar, atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

KDN berkata tindakan itu juga penting bagi mengelakkan penyebaran ideologi atau gerakan yang bertentangan dengan budaya serta nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang majmuk. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *