Connect with us

Politik

‘Jangan nak menyiku mana-mana sahabat’ – Ahmad Zahid ingatkan Guan Eng

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Kiri) & Pengerusi DAP, Lim Guan Eng (Kanan)
  • Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng supaya tidak menyinggung UMNO yang bersama dalam membentuk Kerajaan Perpaduan ketika ini.
  • “Zaman beliau (pimpin DAP) telah berlalu…berilah kepercayaan kepada kepimpinan DAP yang ada sekarang ini…jangan nak menyiku mana-mana sahabat,” kata Ahmad Zahid
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang memberi amaran bahawa kerjasama UMNO dan PAS dalam perhimpunan solidariti kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh menimbulkan keraguan terhadap kedudukan dalam kerajaan.

PUTRAJAYA — Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng supaya tidak menyinggung UMNO yang bersama dalam membentuk Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Presiden UMNO itu berkata, perkara berkenaan tidak seharusnya berlaku dan setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan harus diberi kepercayaan untuk bersama mengemudi kerajaan.

“Zaman beliau (pimpin DAP) telah berlalu…berilah kepercayaan kepada kepimpinan DAP yang ada sekarang ini…jangan nak menyiku mana-mana sahabat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang memberi amaran bahawa kerjasama UMNO dan PAS dalam perhimpunan solidariti kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh menimbulkan keraguan terhadap kedudukan dalam kerajaan.

Guan Eng berkata, Umno mesti sedar bahawa sebarang program bersama dengan parti pembangkang akan menimbulkan keraguan mengenai kestabilan politik dan kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.

Ditanya sama ada UMNO akan meneruskan perhimpunan aman berkenaan atau sebaliknya, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ia seperti mana yang dilaporkan.

Selain itu, ditanya mengenai hasrat PAS untuk menyertai perhimpunan berkenaan, beliau berkata, perkara itu perlu ditanya kepada parti terbabit. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *