Connect with us

Terkini

Jaga keluarga, orang terdekat dari ‘ancaman’ kelompok biseksual

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas guru yang juga pempengaruh media sosial, Mohd Fadli Salleh
  • Masyarakat diingatkan supaya menjaga ahli keluarga dan orang terdekat dengan mereka daripada terjebak dengan individu “Bisex” atau biseksual yang kian ‘mengancam’ hubungan dalam rumah tangga.
  • Peringatan itu disuarakan bekas guru yang juga pempengaruh media sosial, Mohd Fadli Salleh yang turut menegaskan bahawa Malaysia perlu mewujudkan satu jabatan khusus untuk memerangi kelompok LGBT berkenaan yang dilihat pandai ‘menyorok’ dan berlakon sebagai normal sedangkan nafsu mereka abnormal.
  • “Golongan bisex paling bahaya dan musi***. Serta munafiq teruk. Bisex ni laki pompuan dia tala. Ramai kerja professional macam doktor, pensyarah dll. Depa ni ada keluarga, ada anak, ada isteri tapi masih main jub** laki lagi.
  • “Geng bisex ni orang tak perasan sangat sebab penampilan macam laki normal. Siap ada anak bini lagi. Rupanya senyap-senyap tala ju*** laki. Lepas tu dapat penyakit, berhubung intim dengan bini pula, bini yang tak bersalah pun dijangkiti juga. Bini mengandung, anak pun dijangkiti juga. Naya orang tak bersalah jadi mangsa. 😢
  • “Pakat jaga keluarga dan orang terdekat kita. Spesis ni dah dikira mengacau tanaman orang dah ni, tak leh biar dah,” katanya menerusi hantaran Facebook pada Sabtu lalu yang turut menyertakan satu gambar tangkap layar.

KUALA LUMPUR — Masyarakat diingatkan supaya menjaga ahli keluarga dan orang terdekat daripada terjebak dengan individu “Bisex” atau biseksual yang kian ‘mengancam’ hubungan dalam rumah tangga.

Peringatan itu disuarakan bekas guru yang juga pempengaruh media sosial, Mohd Fadli Salleh yang turut menegaskan bahawa Malaysia perlu mewujudkan satu jabatan khusus untuk memerangi kelompok LGBT berkenaan yang dilihat pandai ‘menyorok’ dan berlakon sebagai normal sedangkan nafsu mereka abnormal.

Mohd Fadhli mendakwa kelompok biseksual itu kebanyakan daripada individu yang bekerja dalam bidang profesional seperti doktor, pensyarah dan sebagainya, sedangkan ada dia antara mereka sudah berkeluarga dan mempunyai anak tapi masih berkelakuan sumbang.

“Golongan bisex paling bahaya dan musi***. Serta munafiq teruk.

“Bisex ni laki pompuan dia tala. Ramai kerja professional macam doktor, pensyarah dll. Depa ni ada keluarga, ada anak, ada isteri tapi masih main ju*** laki lagi.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Mohd Fadli Salleh.


“Geng bisex ni orang tak perasan sangat sebab penampilan macam laki normal. Siap ada anak bini lagi. Rupanya senyap-senyap tala ju*** laki. Lepas tu dapat penyakit, berhubung intim dengan bini pula, bini yang tak bersalah pun dijangkiti juga. Bini mengandung, anak pun dijangkiti juga. Naya orang tak bersalah jadi mangsa. 😢

“Pakat jaga keluarga dan orang terdekat kita. Spesis ni dah dikira mengacau tanaman orang dah ni, tak leh biar dah,” katanya menerusi hantaran Facebook pada Sabtu lalu yang turut menyertakan satu gambar tangkap layar.

 

Foto: Tangkap layar perkongsian individu lain yang dimuat naik Mohd Fadli Salleh di Facebooknya.

 

Gambar tangkap layar itu mengandungi perkongsian difahamkan daripada seorang pengguna media sosial yang meluahkan rasa sedih apabila terlalu banyak lelaki yang sudah berkahwin, namun ‘bermain’ dengan pondan termasuk rakan sekerjanya sendiri yang juga seorang pondan.

Individu itu menceritakan rakan sekerjanya bukan sahaja terjebak hubungan cinta dengan suami orang, malah banyak ‘bermain’ dengan suami orang lain sedangkan dia menghidap HIV.

 

Foto: Tangkap layar komen netizen di hantaran Facebook Mohd Fadli Salleh.

Tinjauan The Merdeka Times di ruangan komen hantaran Mohd Fadli mendapati rata-rata netizen juga menginginkan tindakan tegas diambil ke atas kelompok songsang itu yang disifatkan sudah tiada rasa malu dan semakin berani dalam menunjukkan diri mereka.

Foto: Tangkap layar komen netizen di hantaran Facebook Mohd Fadli Salleh.

 

Ramai netizen menyuarakan kebimbangan dengan perkembangan kelompok LGBT itu dan ada juga yang berkongsikan pengalaman mereka berdepan dengan kenalan atau orang terdekat yang terjebak hubungan songsang berkenaan. — The Merdeka Times

Author