Antarabangsa
Jabatan Kehakiman pecat pegawai siasat Trump

- Trump pecat pegawai yang siasat salah laku jenayah terhadap beliau.
- Mereka tidak boleh “dipercayai” untuk “setia” melaksanakan agenda Trump – Jabatan Kehakiman.
Lebih daripada 10 pegawai yang terbabit dalam siasatan jenayah ke atas Donald Trump telah dipecat, menurut sumber.
Sepucuk surat daripada pemangku Peguam Negara James McHenry kepada pegawai terbabit berkata mereka tidak boleh “dipercayai” untuk “setia” melaksanakan agenda Trump.
“Anda memainkan peranan penting dalam mendakwa Presiden Trump. Fungsi kerajaan yang betul secara kritikal bergantung kepada kepercayaan yang diberikan oleh pegawai atasan kepada orang bawahan mereka.
“Memandangkan peranan penting anda mainkan dalam mendakwa Presiden, saya tidak percaya bahawa kepimpinan Jabatan boleh mempercayai anda untuk membantu dalam melaksanakan agenda Presiden dengan setia,” tulis McHenry.
Pemecatan itu berlaku ketika pentadbiran Trump mengambil langkah konkrit untuk menyiasat pendakwa raya yang menyelia kes jenayah terhadap defendan enam Januari selepas Trump berjanji untuk mendapatkan balasan sebagai ikrar utama kempennya, menurut pelbagai sumber yang telah melihat memo dalaman mengenai perkara.
“Pentadbiran terdahulu telah silap dengan memfailkan beratus-ratus kes yang akhirnya dibuang oleh Mahkamah Agung. Maka adalah berbaloi untuk kami menyiasat mereka yang membuat keputusan yang lemah,” kata sumber. – The Merdeka Times
