Antarabangsa
Israel sasar tawanan sendiri selepas gencatan senjata dicapai

- Tindakan mengebom sasaran di Gaza mengancam nyawa tahanan Israel – Briged Al Qassam.
- Serangan udara Israel ke atas Gaza boleh menjejaskan perjanjian damai yang baru dicapai.
- Gencatan senjata di Gaza dijadual berkuatkuasa Ahad ini.
Cabang tentera kumpulan Hamas, Briged Al-Qassam, memberi amaran tindakan rejim Zionis mengebom sasaran di Gaza boleh menjejaskan keselamatan tahanan Israel menjelang pelaksanaan tukaran tahanan yang dijadual Ahad ini.
Jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Obeida, dalam satu kenyataan melalui aplikasi Telegram berkata Israel telah mengebom satu lokasi di mana seorang tawanan wanita yang tersenarai untuk dibebaskan berada.
Tindakan itu jelasnya boleh menjejaskan keselamatan tahanan Israel.
“Sebarang bentuk agresif dan pengeboman oleh Israel boleh menyebabkan proses pembebasan tahanan kepada satu tragedi,” beliau berkata.
Setakat ini, nasib tahanan tersebut susulan pengeboman masih belum jelas.
Perjanjian gencatan senjata, yang dicapai Rabu lalu, termasuk pertukaran 33 tahanan Israel untuk ratusan tahanan Palestin yang ditahan di penjara Israel.
Perjanjian dijadual berkuatkuasa Ahad ini.-The Merdeka Times
