Antarabangsa
Israel mahu jadikan Tebing Barat runtuhan seperti Gaza
- Akhbar harian Israel, Haaretz dalam artikel editorial pada Rabu menuduh kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berusaha untuk mengubah Tebing Barat yang diduduki menjadi runtuhan seperti berlaku di Gaza.
- Ketegangan memuncak di seluruh Tebing Barat akibat perang genosid Israel ke atas Gaza, yang membunuh hampir 46,000 orang, majoritinya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan balas rentas sempadan Hamas pada 7 Oktober 2023.
- “Walaupun kebanyakan rakyat Israel melihat 7 Oktober sebagai bencana terbesar dalam sejarah negara, sesetengah di sebelah kanan melihatnya peluang, malah permulaan penebusan,” demikian komen Haaretz, dipetik TRT World.
- Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 844 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 6,700 cedera akibat tembakan tentera Israel di wilayah yang diduduki itu.
Akhbar harian Israel, Haaretz dalam artikel editorial pada Rabu menuduh kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berusaha untuk mengubah Tebing Barat yang diduduki menjadi runtuhan seperti berlaku di Gaza.
Ketegangan memuncak di seluruh Tebing Barat akibat perang genosid Israel ke atas Gaza, yang membunuh hampir 46,000 orang, majoritinya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan balas rentas sempadan Hamas pada 7 Oktober 2023.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 844 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 6,700 cedera akibat tembakan tentera Israel di wilayah yang diduduki itu.
“Walaupun kebanyakan rakyat Israel melihat 7 Oktober sebagai bencana terbesar dalam sejarah negara, sesetengah di sebelah kanan melihatnya peluang, malah permulaan penebusan,” demikian komen Haaretz, dipetik TRT World.
Netanyahu pada Isnin meluluskan beberapa siri tindakan ketenteraan di Tebing Barat, sejurus selepas serangan tembakan yang membunuh tiga peneroka haram Israel di wilayah yang diduduki.
Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich turut menggesa agar memusnahkan bandar Jenin dan Nablus Palestin di Tebing Barat seperti berlaku di Jabalia di utara Gaza.
Peneroka haram Israel menyerang beberapa bandar Palestin di Tebing Barat selepas serangan pada Isnin yang membakar kereta dan harta benda di wilayah yang diduduki.
“Peneroka di Tebing Barat melihat apa yang berlaku di Gaza, dan mereka iri hati,” kata Haaretz.
Mereka juga menyeru Menteri Pertahanan Israel melancarkan operasi ketenteraan yang merosakkan di Tebing Barat. – The Merdeka Times