Connect with us

Terkini

Harga belian padi: KPKM terbuka berhubung tuntutan pesawah

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu
  • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) terbuka dan tidak menghalang mana-mana kumpulan pesawah untuk menyerahkan memorandum berhubung tuntutan menaikkan harga lantai belian padi, kata Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu.
  • “Itu hak mereka (pesawah) untuk menghantar memorandum dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Konvensyen Nasional Amanah 2024 di sini semalam.
  • Pada Sabtu, Mohamad berkata kerajaan sedang mengenal pasti situasi menang-menang melibatkan semua pihak berkepentingan dalam isu bekalan beras putih tempatan serta harga belian padi.

KLANG — Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) terbuka dan tidak menghalang mana-mana kumpulan pesawah untuk menyerahkan memorandum berhubung tuntutan menaikkan harga lantai belian padi, kata Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu.

“Itu hak mereka (pesawah) untuk menghantar memorandum dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Konvensyen Nasional Amanah 2024 di sini semalam.

Beliau diminta mengulas dakwaan mengenai rancangan sekumpulan pesawah untuk berhimpun di Putrajaya hari ini berhubung isu harga lantai belian padi.

Sementara itu, Mohamad berkata KPKM akan mengadakan perbincangan secara intensif dengan semua pihak berkepentingan sebelum membuat sebarang pengumuman berhubung isu padi.

“Dijangka pada sidang Parlimen akan datang kita akan buat beberapa pengumuman. (Persediaan) pengumuman itu sedang dilaksanakan di beberapa bahagian dalam kementerian termasuk dengan Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) untuk kita buat pembaikan dan peningkatan,” katanya.

Pada Sabtu, Mohamad berkata kerajaan sedang mengenal pasti situasi menang-menang melibatkan semua pihak berkepentingan dalam isu bekalan beras putih tempatan serta harga belian padi.

Beliau berkata pihaknya memerlukan sedikit masa lagi untuk melakukan libat urus dengan teliti sebelum satu penyelesaian tuntas dapat diumumkan. — BERNAMA

Author