Connect with us

Antarabangsa

Hampir semua pejuang Hamas yang terbunuh di Gaza sudah diganti – Blinken

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Anthony Blinken
  • Menurut Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Anthony Blinken walaupun Israel berjaya melumpuhkan kepimpinan Hamas di Gaza, Lubnan dan Iran, pasukan pejuang itu masih berkuasa di Semenanjung Gaza dan mereka mampu mencetuskan huru-hara pelan tadbir urus di semenanjung itu selepas perang.
  • “Israel perlu hapuskan kepercayaan yang menyatakan mereka boleh melakukan penjajahan di Gaza tanpa kos dan kesannya terhadap demokrasi Israel,” kata Blinken.

Hampir kesemua pejuang Hamas yang terbunuh ketika pertempuran sengit di Semenanjung Gaza kini sudah punya pengganti.

Menurut Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Anthony Blinken walaupun Israel berjaya melumpuhkan kepimpinan Hamas di Gaza, Lubnan dan Iran, pasukan pejuang itu masih berkuasa di Semenanjung Gaza dan mereka mampu mencetuskan huru-hara pelan tadbir urus di semenanjung itu selepas perang.

“Israel perlu hapuskan kepercayaan yang menyatakan mereka boleh melakukan penjajahan di Gaza tanpa kos dan kesannya terhadap demokrasi Israel,” kata Blinken.

Dalam ucapan perpisahannya, Blinken turut berkata perbincangan gencatan senjata di Gaza sudah hampir mencapai  persepakatan.

Tambah Blinken, Israel perlu terima cadangan menyatukan Gaza dan Tebing Barat dibawah kepimpinan baru PA (Pihak Berkuasa Palestin) serta menyambut baik cadangan sebuah negara Palestin yang bebas.

Jelasnya, pentadbiran Biden mahu PA menjemput “rakan-rakan antarabangsa”  dalam penubuhan dan pelaksanaan pentadbiran interim di kawasan yang musnah itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *