Connect with us

Antarabangsa

Gagal jelas yuran murid didenda duduk atas lantai

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ibu pelajar berkenaan, Kamelia (Kiri)
  • Seorang pelajar sekolah di Utara Sumatera, Indonesia didenda duduk di lantai bilik darjah kerana gagal menjelaskan yuran sekolah.
  • Murid berkenaan merupakan pelajar Sekolah Abdi Sukma.
  • Kompas melaporkan guru sekolah berkenaan berindak demikian kerna pelajar terbabit gagal bayar yuran selama tiga bulan.
  • Ibu pelajar terbabit berkata beliau kecewa dengan tindakan guru terbabit.
  • Ekoran pendedahan itu, pihak sekolah memohon maaf kepada keluarga terbabit.

JAKARTA: Seorang pelajar sekolah di Utara Sumatera, Indonesia didenda duduk di lantai bilik darjah kerana gagal menjelaskan yuran sekolah.

Menurut Kompas, seorang guru terpaksa mengambil tindakan ke atas pelajar Tahun Empat berkenaan dari Sekolah Abdi Sukma kerana gagal membayar yuran selama tiga bulan.

Ibu pelajar berkenaan Kamelia, 38 tahun, melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan guru berkenaan.

“Seorang guru merupakan individu yang saya anggap lebih berpelajaran daripada saya. Sekurang-kurangnya janganlah layan anak saya seperti haiwan,”  kata ibu berkenaan kepada TribunTangerang.com.

Kata Kamelia, keluarga beliau sedang bergelut dengan masalah kewangan. Mereka kini bergantung harapan dengan suaminya yang bekerja sebagai buruh binaan.

“Saya sebenarnya bercadang  untuk menjelaskan yuran sekolah Rabu lalu setelah saya menjual telefon bimbit saya. Namun anak saya mengadu berasa malu untuk ke sekolah setelah didenda duduk di atas lantai,” katanya.

Sementara itu, pengetua sekolah Juli Sari berkata beliau tidak menyedari tindakan guru kelas berkenaan.

Beliau menambah setelah mengetahui perkara itu, pihak sekolah sudahpun memohon maaf  kepada keluarga pelajar terbabit. – The Merdeka Times

Author