Connect with us

Antarabangsa

Dadah bernilai lebih RM500,000 ditemui dalam motosikal lelaki Malaysia di Woodlands

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Pihak berkuasa Singapura rampas dadah bernilai RM556,503.63 (S$169,000) daripada sebuah motosikal didaftarkan di Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands.
  • Dadah yang dirampas ialah ganja, Erimin-5 dan Methamphetamine.
  • Rampasan dilakukan oleh Biro Narkotik Pusat (CNB).

SINGAPURA –Pihak berkuasa Singapura merampas dadah bernilai lebih RM500,000 yang ditemui di dalam motosikal didaftarkan di Malaysia di Woodlands.

Menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Biro Narkotik Pusat (CNB) dan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), ganja, Erimin-5 dan Methamphetamine yang dirampas cukup untuk membekal 970 penagih  untuk tempoh seminggu.

Pegawai ICA tersebut dilapor memeriksa motosikal yang ditunggangi seorang lelaki warga Malaysia berumur 21 tahun pada awal pagi 14 Januari lalu.

Dalam pemeriksaan itu, ICA menemui satu bungkusan plastik  berwarna hitam di sorok di dalam fairing hadapan motosikal berkenaan.

Hasil pemeriksaan, mereka menemui  4,648 gram ganja, 542 gram Methamphetamine dan 250 butir pil Erimin-5 yang disorokkan di pelbagai bahagian motosikal berkenaan.

Sesiapa yang didapati  bersalah mengimport atau eksport lebih daripada 250 gram methamphetamine dari Singapura atau 500 gram ganja boleh dikenakan hukuman mati.- The Merdeka Times

Author