Connect with us

Antarabangsa

Cubaan bunuh Bashar Assad di Russia

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pemimpin diktator Syria, Bashar al-Assad
  • Satu cubaan meracun diktator kejam yang digulingkan, Bashar al-Assad dilaporkan didakwa berlaku di Russia.
  • Pemimpin diktator Syria itu kini berada di bawah perlindungan Presiden Vladimir Putin di Moscow sejak 8 Disember tahun lalu.
  • Tetapi akaun dalam talian General SVR – kononnya dikendalikan bekas perisik terkemuka di Russia, mengatakan Assad telah jatuh sakit pada Ahad, lapor The Sun.
  • Ia mendakwa Assad, 59, meminta bantuan perubatan kemudian hampir serta-merta mula “batuk dengan kuat dan tercekik”.
  • “Terdapat banyak sebab untuk mempercayai cubaan pembunuhan dibuat,” kata sumber.

Satu cubaan meracun diktator kejam yang digulingkan, Bashar al-Assad dilaporkan didakwa berlaku di Russia.

Pemimpin diktator Syria itu kini berada di bawah perlindungan Presiden Vladimir Putin di Moscow sejak 8 Disember tahun lalu.

Tetapi akaun dalam talian General SVR – kononnya dikendalikan bekas perisik terkemuka di Russia, mengatakan Assad telah jatuh sakit pada Ahad, lapor The Sun.

Ia mendakwa Assad, 59, meminta bantuan perubatan kemudian hampir serta-merta mula “batuk dengan kuat dan tercekik”.

“Terdapat banyak sebab untuk mempercayai cubaan pembunuhan dibuat,” kata sumber.

Assad telah dirawat di apartmennya dan keadaan dirinya dikatakan stabil pada Isnin.

Ujian dilaporkan menunjukkan terdapatnya racun dalam sistemnya.

Tiada sumber disebut dan setakat ini tiada pengesahan daripada pihak Russia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *