Terkini
Bayi maut di Gaza akibat hipotermia: Keperluan mendesak tingkat bantuan asas
- Pegawai Perubatan Pediatrik Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Dr Nur Izzati Dzulkiflee berkata dengan penyediaan keperluan asas, pakaian, peralatan dan tenaga kerja perubatan yang mencukupi, nyawa bayi-bayi yang tidak berdosa itu dapat diselamatkan daripada risiko komplikasi maut akibat hipotermia.
- “Musim sejuk kali ini merupakan cabaran besar buat saudara-saudara kita di Gaza. Di samping kesusahan hidup dalam suasana perang dengan kekurangan keperluan asas, rakyat Gaza terpaksa bertarung dengan suasana dingin musim sejuk di bawah khemah-khemah yang tiada kelengkapan pemanas serta pakaian musim sejuk yang serba terhad.
- “Lebih menyayat hati, beberapa hari ini, dunia dikejutkan dengan kematian sekurang-kurangnya 5 orang bayi pramatang akibat hipotermia di Gaza. Keadaan ini merupakan satu tragedi yang sangat memilukan terutama buat pengamal perubatan kanak-kanak.
- “Insiden ini mencerminkan cabaran besar yang dihadapi bayi terutamanya bayi pramatang untuk meneruskan hidup, terutamanya di kawasan konflik yang mengalami kekurangan sumber kritikal seperti rumah yang selamat, pakaian sesuai, alatan pemanas, dan bekalan elektrik yang stabil,” katanya menerusi hantaran di Facebook I-Medik pada Sabtu lalu.
KUALA LUMPUR — Tragedi kematian sekurang-kurangnya lima bayi pramatang akibat hipotermia di Gaza menekankan keperluan mendesak untuk meningkatkan sokongan bantuan asas seperti baju sejuk, selimut, khemah, peralatan perubatan dan kemudahan infrastruktur di kawasan konflik seperti Gaza, terutamanya menjelang musim sejuk.
Pegawai Perubatan Pediatrik Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Dr Nur Izzati Dzulkiflee berkata dengan penyediaan keperluan asas, pakaian, peralatan dan tenaga kerja perubatan yang mencukupi, nyawa bayi-bayi yang tidak berdosa itu dapat diselamatkan daripada risiko komplikasi maut akibat hipotermia.
“Musim sejuk kali ini merupakan cabaran besar buat saudara-saudara kita di Gaza. Di samping kesusahan hidup dalam suasana perang dengan kekurangan keperluan asas, rakyat Gaza terpaksa bertarung dengan suasana dingin musim sejuk di bawah khemah-khemah yang tiada kelengkapan pemanas serta pakaian musim sejuk yang serba terhad.
“Lebih menyayat hati, beberapa hari ini, dunia dikejutkan dengan kematian sekurang-kurangnya 5 orang bayi pramatang akibat hipotermia di Gaza. Keadaan ini merupakan satu tragedi yang sangat memilukan terutama buat pengamal perubatan kanak-kanak.
“Insiden ini mencerminkan cabaran besar yang dihadapi bayi terutamanya bayi pramatang untuk meneruskan hidup, terutamanya di kawasan konflik yang mengalami kekurangan sumber kritikal seperti rumah yang selamat, pakaian sesuai, alatan pemanas, dan bekalan elektrik yang stabil,” katanya menerusi hantaran di Facebook I-Medik pada Sabtu lalu.
Mengulas hipotermia bagi bayi, Dr Nur Izzati berkata ia bermaksud penurunan suhu badan kurang dari 36.5’C dan boleh di sub-klasifikasikan kepada hipotermia ringan (36.0°C – 36 .5°C), sederhana (32.0°C – 35.9°C) dan teruk (<32.0°C).
Beliau berkata dari sudut perubatan, bayi pramatang adalah kelompok yang sangat terdedah kepada risiko hipotermia akibat beberapa faktor fisiologi yang unik antaranya nisbah permukaan badan lebih besar, lapisan kulit belum matang, kekurangan ‘brown adipose tissue’ dan kapasiti penghasilan haba yang terhad.
Katanya, perkara itu menyebabkan bayi-bayi ini terdedah kepada pelbagai risiko komplikasi antaranya lemah imuniti, sistem peredaran darah bermasalah serta hormon dan enzim badan yang tidak dapat berfungsi secara optimal.
“Tanpa intervensi sewajarnya, organ-organ utama badan seperti otak, jantung dan buah pinggang tidak dapat berfungsi (multi organ failure) dan boleh menyebabkan kematian. Kelangsungan hidup bayi terutamanya bayi pramatang sangat bergantung kepada persekitaran yang terkawal, khususnya dari segi suhu.
“Justeru, tragedi ini menekankan keperluan mendesak untuk meningkatkan sokongan bantuan asas seperti baju sejuk, selimut, khemah, peralatan perubatan dan kemudahan infrastruktur di kawasan konflik seperti Gaza terutamanya menjelang musim sejuk,” katanya. — The Merdeka Times