Connect with us

Antarabangsa

AS longgarkan sekatan bantuan kemanusiaan Syria selama 6 bulan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Isnin mengumumkan melonggarkan beberapa sekatan ke atas Syria, mengeluarkan langkah pelepasan sekatan enam bulan untuk membolehkan penghantaran bekalan penting, lapor Anadolu.
  • Pejabat Kawalan Aset Asing (OFAC) Jabatan Perbendaharaan AS mengeluarkan Lesen Am Syria 24 yang membolehkan kumpulan bantuan dan syarikat menyediakan perkhidmatan kritikal seperti elektrik, air dan sanitasi tanpa mendapatkan kelulusan kes demi kes.
  • Turut dibenarkan adalah transaksi yang diperlukan untuk memproses kiriman wang peribadi bukan komersial ke Syria, termasuk melalui Bank Pusat Syria.
  • Ia bagaimanapun tidak membenarkan sebarang transaksi yang melibatkan entiti ketenteraan atau perisikan, atau mana-mana orang yang bertindak untuk atau bagi pihak entiti tersebut.
  • Jabatan Perbendaharaan AS berkata kebenaran itu juga tidak membuka sekatan harta atau kepentingan entiti yang disekat, termasuk Assad, sekutunya, kerajaan Syria, Bank Pusat Syria atau Hayat Tahrir al-Sham (HTS).

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Isnin mengumumkan melonggarkan beberapa sekatan ke atas Syria, mengeluarkan langkah pelepasan sekatan enam bulan untuk membolehkan penghantaran bekalan penting, lapor Anadolu.

Pejabat Kawalan Aset Asing (OFAC) Jabatan Perbendaharaan AS mengeluarkan Lesen Am Syria 24 yang membolehkan kumpulan bantuan dan syarikat menyediakan perkhidmatan kritikal seperti elektrik, air dan sanitasi tanpa mendapatkan kelulusan kes demi kes.

Ia juga membenarkan transaksi yang menyokong penjualan, bekalan, penyimpanan atau derma tenaga, termasuk petroleum, gas asli dan elektrik, dalam Syria. 

Turut dibenarkan adalah transaksi yang diperlukan untuk memproses kiriman wang peribadi bukan komersial ke Syria, termasuk melalui Bank Pusat Syria.

Ia bagaimanapun tidak membenarkan sebarang transaksi yang melibatkan entiti ketenteraan atau perisikan, atau mana-mana orang yang bertindak untuk atau bagi pihak entiti tersebut.

Jabatan Perbendaharaan AS berkata kebenaran itu juga tidak membuka sekatan harta atau kepentingan entiti yang disekat, termasuk Assad, sekutunya, kerajaan Syria, Bank Pusat Syria atau Hayat Tahrir al-Sham (HTS).

Keizinan itu adalah selama enam bulan kerana AS “terus memantau keadaan yang berkembang di lapangan,” kata Jabatan Perbendaharaan AS dalam kenyataan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *