Connect with us

Antarabangsa

Apple akan bayar $95 juta untuk selesaikan tuntutan Siri mencuri dengar pelanggan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Apple bersetuju untuk membayar $95 juta untuk menyelesaikan tuntutan sivil yang mendakwa syarikat yang memfokuskan privasi menggunakan pembantu maya Siri itu untuk mencuri dengar orang yang menggunakan iPhone dan peranti popularnya yang lain.
  • Penyelesaian dicadangkan itu, yang difailkan pada Selasa di mahkamah persekutuan di Oakland, California, Amerika Syarikat (AS) akan menyelesaikan tuntutan undang-undang lima tahun yang mendakwa Apple secara rahsia mengaktifkan Siri untuk merakam perbualan selama lebih sedekad, lapor Anadolu memetik CBS News pada Jumaat.
  • Apple tidak mengakui sebarang salah laku dalam penyelesaian itu, yang masih memerlukan kelulusan daripada Hakim Daerah AS, Jeffrey White.
  • Peguam terlibat dalam kes itu mencadangkan untuk mengadakan perbicaraan mahkamah di Oakland pada 14 Februari untuk menyemak terma.
  • Setiap pengguna yang layak boleh menerima sehingga $20 bagi setiap peranti yang didayakan Siri yang dilindungi oleh penyelesaian, walaupun jumlah pembayaran mungkin berbeza-beza bergantung pada bilangan tuntutan diserahkan. 

Apple bersetuju untuk membayar $95 juta untuk menyelesaikan tuntutan sivil yang mendakwa syarikat yang memfokuskan privasi menggunakan pembantu maya Siri itu untuk mencuri dengar orang yang menggunakan iPhone dan peranti popularnya yang lain.

Penyelesaian dicadangkan itu, yang difailkan pada Selasa di mahkamah persekutuan di Oakland, California, Amerika Syarikat (AS) akan menyelesaikan tuntutan undang-undang lima tahun yang mendakwa Apple secara rahsia mengaktifkan Siri untuk merakam perbualan selama lebih sedekad, lapor Anadolu memetik CBS News pada Jumaat.

Apple tidak mengakui sebarang salah laku dalam penyelesaian itu, yang masih memerlukan kelulusan daripada Hakim Daerah AS, Jeffrey White.

Peguam terlibat dalam kes itu mencadangkan untuk mengadakan perbicaraan mahkamah di Oakland pada 14 Februari untuk menyemak terma.

Jika diluluskan, penyelesaian itu akan membenarkan berpuluh juta pengguna yang memiliki iPhone dan peranti Apple lain antara 17 September 2014 dan akhir tahun lepas memfailkan tuntutan.

Setiap pengguna yang layak boleh menerima sehingga $20 bagi setiap peranti yang didayakan Siri yang dilindungi oleh penyelesaian, walaupun jumlah pembayaran mungkin berbeza-beza bergantung pada bilangan tuntutan diserahkan. 

Dokumen mahkamah menganggarkan bahawa hanya 3 peratus hingga 5 peratus daripada pengguna yang layak berkemungkinan memfailkan tuntutan.

Pengguna yang layak akan dihadkan untuk mendapatkan pampasan untuk maksimum lima peranti sahaja. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *