Connect with us

Antarabangsa

Yaman tembak jatuh pesawat F-18 Amerika

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Angkatan Bersenjata Yaman berkata ia menangkis serangan Amerika-British terhadap negara itu, termasuk menembak jatuh pesawat pejuang Amerika Syarikat (AS) F-18 dalam serangan balas ke atas kapal pengangkut AS di Laut Merah.
  • Menurut kenyataan tentera Yaman dipetik Al Mayadeen pada Ahad, satu operasi dijalankan dengan lapan peluru berpandu krus dan 17 dron dengan beberapa kejayaan operasi.
  • Kenyataan itu berkata pasukan tentera Yaman berjaya menembak jatuh pesawat F-18 ketika kapal pemusnah musuh cuba menghadapi dron Yaman dan peluru berpandu yang dilancarkan terhadap kapal pengangkut pesawat AS serentak dengan pencerobohan AS-UK terhadap Yaman.
  • Kebanyakan pesawat musuh berundur dari ruang udara Yaman ke perairan antarabangsa di Laut Merah dalam usaha mempertahankan kapal pengangkut pesawat USS Harry Truman, yang menjadi sasaran, kata kenyataan itu.
  • Kumpulan Houthi Yaman sejak Oktober tahun lalu menyasarkan dan menyerang kapal-kapal komersial Israel dan kapal berkaitannya yang melalui Laut Merah sebagai tanda bantahan dan solidariti kepada rakyat Palestin di Gaza yang dibantai dan diserang rejim zionis sejak lebih setahun lalu.

Angkatan Bersenjata Yaman berkata ia menangkis serangan Amerika-British terhadap negara itu, termasuk menembak jatuh pesawat pejuang Amerika Syarikat (AS) F-18 dalam serangan balas ke atas kapal pengangkut AS di Laut Merah.

Menurut kenyataan tentera Yaman dipetik Al Mayadeen pada Ahad, satu operasi dijalankan dengan lapan peluru berpandu krus dan 17 dron dengan beberapa kejayaan operasi.

Kenyataan itu berkata pasukan tentera Yaman berjaya menembak jatuh pesawat F-18 ketika kapal pemusnah musuh cuba menghadapi dron Yaman dan peluru berpandu yang dilancarkan terhadap kapal pengangkut pesawat AS serentak dengan pencerobohan AS-UK terhadap Yaman.

Kebanyakan pesawat musuh berundur dari ruang udara Yaman ke perairan antarabangsa di Laut Merah dalam usaha mempertahankan kapal pengangkut pesawat USS Harry Truman, yang menjadi sasaran, kata kenyataan itu.

Kenyataan itu seterusnya berkata serangan dilancarkan pihak pakatan ke atas wilayah Yaman gagal dan Angkatan Bersenjata Yaman menganggap ia sebagai kekalahan penting bagi penceroboh.

USS Harry S. Truman, selepas mengalami pelbagai serangan daripada pasukan peluru berpandu, tentera laut dan tentera udara, berundur dari lokasi sebelumnya di Laut Merah ke arah perairan utara, kata kenyataan itu.

Angkatan Tentera AS sebelum itu mendakwa sebuah jet pejuang F/A-18 Tentera Laut AS telah ditembak jatuh tembakan mesra (friendly fire) di Laut Merah. 

Kumpulan Houthi Yaman sejak Oktober tahun lalu menyasarkan dan menyerang kapal-kapal komersial Israel dan kapal berkaitannya yang melalui Laut Merah sebagai tanda bantahan dan solidariti kepada rakyat Palestin di Gaza yang dibantai dan diserang rejim zionis sejak lebih setahun lalu.

Susulan itu, pakatan tentera diketuai AS-UK, yang juga sekutu kuat Israel, telah menjalankan operasi di Laut Merah atas alasan menjaga keselamatan maritim di kawasan itu selain turut menyerang Yaman secara langsung dari semasa ke semasa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *