Antarabangsa
Selepas Damsyik, Lebih 12 kubur besar ditemui di Daraa, Syria
- Lebih 12 “kubur massa” atau kubur besar, dengan mayat dipercayai orang awam dibunuh rejim Bashar al-Assad, ditemui di wilayah Daraa di selatan Syria pada Isnin.
- Berikutan keruntuhan rejim Baath awal bulan ini, kubur-kubur besar sedang digali sebagai sebahagian daripada aktiviti mencari dan tinjauan di seluruh negara.
- Kenyataan kumpulan anti-rejim yang menjalankan kerja-kerja penggalian di Daraa yang dipetik agensi berita Anadolu pada Selasa berkata, sebuah kubur besar ditemui di daerah Izraa.
- Setakat ini, 31 mayat telah ditemui dan jumlah itu mungkin meningkat dengan penduduk tempatan dilaporkan turut membantu dalam kerja penggalian.
- Sebelum ini, sebuah kubur besar di kawasan Jambatan Baghdad di luar Damsyik ditemui di mana mayat mereka meninggal dunia akibat penyeksaan di pusat tahanan, termasuk Penjara Sednaya, dipercayai dikebumikan di tanah perkuburan itu.
Lebih 12 “kubur massa” atau kubur besar, dengan mayat dipercayai orang awam dibunuh rejim Bashar al-Assad, ditemui di wilayah Daraa di selatan Syria pada Isnin.
Berikutan keruntuhan rejim Baath awal bulan ini, kubur-kubur besar sedang digali sebagai daripada sebahagian aktiviti mencari dan tinjauan di seluruh negara.
Kenyataan kumpulan anti-rejim yang menjalankan kerja-kerja penggalian di Daraa yang dipetik agensi berita Anadolu pada Selasa berkata, sebuah kubur besar ditemui di daerah Izraa.
Setakat ini, 31 mayat telah ditemui dan jumlah itu mungkin meningkat dengan penduduk tempatan dilaporkan turut membantu dalam kerja penggalian.
Sebelum ini, Anadolu merakamkan sebuah kubur besar di kawasan Jambatan Baghdad di luar Damsyik, di mana mayat dipercayai orang awam yang dibunuh rejim Assad, ditemui.
Difahamkan, mangsa meninggal dunia akibat penyeksaan di pusat tahanan, termasuk Penjara Sednaya yang terkenal di Damsyik, dikebumikan di tanah perkuburan itu.
Rakaman itu menunjukkan lubang panjang dan dalam digali untuk mayat ditanam bertindan di atas satu sama lain dengan karung bertanda kod penjara dan nama si mati ditemui.
Turut kelihatan adalah guni dibawa keluar dari kubur dipenuhi dengan sisa-sisa mayat. – The Merdeka Times