Connect with us

Antarabangsa

Ribuan hadir konsert di Idlib, Syria

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Konsert di Idlib, Syria
  • Sebuah konsert dianjurkan kumpulan kemanusiaan berpangkalan di UK, Syria Relief telah menghimpunkan ribuan orang di barat laut bandar Idlib, Syria, lapor Anadolu.
  • Acara itu, diketuai penyanyi terkenal Syria, Yahya Hawwa, menampilkan lagu kebangsaan meraikan “revolusi” dan “penentangan” dengan mereka yang hadir mengibarkan bendera revolusi Syria.
  • Konsert itu diadakan ketika kehidupan beransur pulih di kawasan yang dikuasai kumpulan anti-rejim Bashar al-Assad yang digulingkan pada 8 Disember lalu.

Sebuah konsert dianjurkan kumpulan kemanusiaan berpangkalan di UK, Syria Relief telah menghimpunkan ribuan orang di barat laut bandar Idlib, Syria, lapor Anadolu.

Acara itu, diketuai penyanyi terkenal Syria, Yahya Hawwa, menampilkan lagu kebangsaan meraikan “revolusi” dan “penentangan” dengan mereka yang hadir mengibarkan bendera revolusi Syria.

Konsert itu diadakan ketika kehidupan kembali beransur pulih di kawasan dikuasai kumpulan anti-rejim Assad.

Syria Relief sebelum ini menganjurkan acara lain di Aleppo di mana Hawwa membuat persembahan untuk ribuan hadirin pada hari sebelumnya.

Pentadbiran Syria yang baharu diketuai Ahmed al-Sharaa telah mengambil alih kuasa di negara itu selepas kejatuhan presiden Bashar al-Assad, yang melarikan diri ke Russia selepas kumpulan anti-rejim menguasai Damsyik pada 8 Disember lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *