Connect with us

Terkini

Pulau Pinang beri tanah kepada 129 rumah ibadat bukan Islam sejak 2018 – Chow

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Menteri, Chow Kon Yeow
  • 129 Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) menerima tanah daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari 2018 hingga tahun ini, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.
  • Langkah tersebut adalah tindakan konkrit untuk memastikan rumah ibadat bagi penganut agama lain turut diberi kemudahan dan ruang untuk berkembang dengan sokongan penuh daripada kerajaan negeri.
  • “Menerusi Manifesto Perpaduan Kerajaan Negeri, peruntukan berjumlah RM10 juta juga disalurkan bagi memenuhi keperluan RIBI sehingga 2028.
  • “Kerajaan negeri sentiasa prihatin dan mengutamakan nilai saling sayang menyayangi dalam mengekalkan keharmonian beragama,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Krismas hari ini.

GEORGE TOWN — Sebanyak 129 Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) telah menerima tanah daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari 2018 hingga tahun ini, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Beliau berkata langkah tersebut adalah tindakan konkrit untuk memastikan rumah ibadat bagi penganut agama lain turut diberi kemudahan dan ruang untuk berkembang dengan sokongan penuh daripada kerajaan negeri.

“Menerusi Manifesto Perpaduan Kerajaan Negeri, peruntukan berjumlah RM10 juta juga disalurkan bagi memenuhi keperluan RIBI sehingga 2028.

“Kerajaan negeri sentiasa prihatin dan mengutamakan nilai saling sayang menyayangi dalam mengekalkan keharmonian beragama,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Krismas hari ini.

Chow menegaskan pentadbirannya juga memberikan komitmen yang tidak berbelah-bahagi dalam menyediakan perkhidmatan dan kemudahan asas bagi membolehkan setiap individu mempraktik amalan serta kepercayaan masing-masing berteraskan Rukun Negara.

Katanya Penang Harmony Corporation (HARMONICO) yang ditubuhkan pada 2021 bagi mewujud dan memantapkan sistem pengurusan berkaitan hal ehwal bukan Islam di negeri itu merupakan bukti komitmen kerajaan negeri dalam perkara berkenaan.

Beliau turut menekankan bahawa kestabilan politik dan sosial adalah antara aspek yang sangat penting bagi menjamin kemampanan ekonomi, khususnya kepada para pelabur untuk bertapak di Lembah Silikon Timur itu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *