Connect with us

Antarabangsa

Perkahwinan sejenis boleh didaftar di Thailand mulai Januari tahun depan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan

Kementerian Dalam Negeri Thailand bersedia untuk mendaftarkan perkahwinan sejenis di negara itu apabila Akta Perkahwinan Sejenis berkuat kuasa sepenuhnya pada 22 Januari tahun depan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand, Theerarat Samrejwanich dipetik VNN pada Rabu mengesahkan semua 50 pejabat daerah di Bangkok dan 878 pejabat daerah di seluruh negara bersedia memudahkan pendaftaran perkahwinan sejenis.

Dia turut memuji penguatkuasaan akta itu sebagai peristiwa penting bagi masyarakat Thailand dalam mengiktiraf dan menyokong kesaksamaan untuk pelbagai orientasi seksual.

Timbalan menteri itu juga menyampaikan ucapan selamat kepada pasangan sejenis yang akan mendaftarkan perkahwinan mereka, sambil berharap mereka membina kehidupan keluarga yang bahagia dan harmoni bersama.

Perjalanan Equal Marriage Act dilaporkan menjangkau tempoh empat tahun, dan dua pentadbiran kerajaan, sebelum mencapai tahap ini.

Dewan Rakyat Thailand meluluskan rang undang-undang (RUU) itu pada 27 Mac lalu, dengan 400 undi menyokong dan 10 undian menentang.

RUU itu kemudian menerima kelulusan Senat pada 18 Jun dan ia ditetapkan untuk menjadi undang-undang pada 22 Januari 2025. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *