Connect with us

Antarabangsa

Penjenayah perang Syria akan dibawa ke muka pengadilan – Al-Sharaa

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Komander Pentadbiran Operasi Ketenteraan Revolusi Syria, Ahmad Al-Sharaa
  • Tentera revolusi Syria tidak akan berkompromi untuk membawa pihak terlibat dalam jenayah perang terhadap rakyat Syria ke muka pengadilan, termasuk pegawai keselamatan dan tentera yang bertanggungjawab melakukan penyeksaan, kata Komander Pentadbiran Operasi Ketenteraan Revolusi Syria, Ahmad Al-Sharaa.
  • Dalam kenyataan dimuat naik di saluran Telegram rasmi Pentadbiran Operasi Ketenteraan Revolusi Syria dipetik Dunia Palestin, Al-Sharaa berkata tindakan tegas akan diambil terhadap penjenayah perang yang kini bersembunyi di negara lain.
  • “Kami akan menjejaki mereka dan menuntut agar mereka diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menerima hukuman yang setimpal,” katanya.
  • Al-Sharaa berkata senarai pertama nama individu berprofil tinggi terlibat dalam penyeksaan rakyat Syria akan diumumkan tidak lama lagi. 

Tentera revolusi Syria tidak akan berkompromi untuk membawa pihak terlibat dalam jenayah perang terhadap rakyat Syria ke muka pengadilan, termasuk pegawai keselamatan dan tentera yang bertanggungjawab melakukan penyeksaan, kata Komander Pentadbiran Operasi Ketenteraan Revolusi Syria, Ahmad Al-Sharaa.

Dalam kenyataan dimuat naik di saluran Telegram rasmi Pentadbiran Operasi Ketenteraan Revolusi Syria dipetik Dunia Palestin, Al-Sharaa berkata tindakan tegas akan diambil terhadap penjenayah perang yang kini bersembunyi di negara lain.

“Kami akan menjejaki mereka dan menuntut agar mereka diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menerima hukuman yang setimpal,” katanya.

Al-Sharaa berkata senarai pertama nama individu berprofil tinggi terlibat dalam penyeksaan rakyat Syria akan diumumkan tidak lama lagi. 

Beliau berkata pihaknya akan menawarkan ganjaran kepada sesiapa saja yang memberikan maklumat berkaitan pegawai tentera dan keselamatan terbabit jenayah perang itu.

“Kami menegaskan komitmen kami terhadap toleransi, khususnya kepada mereka yang tidak terlibat secara langsung dalam pertumpahan darah rakyat Syria. Pengampunan telah diberikan kepada individu yang hanya menjalankan perkhidmatan wajib ketenteraan,” katanya.

Al-Sharaa menekankan darah syuhada dan hak-hak tahanan adalah amanah yang tidak akan dibiarkan sia-sia atau dilupakan.

Kenyataan itu mencerminkan usaha Pentadbiran Operasi Ketenteraan Revolusi Syria untuk menuntut keadilan bagi mangsa konflik Syria yang berlarutan sejak lebih satu dekad. – The Merdeka Times

Dapatkan perkembangan terkini di Palestin secara pantas dan eksklusif dengan sertai telegram Dunia Palestin: t.me/duniapalestin

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *