Connect with us

Antarabangsa

Pemangku menteri Afghanistan, enam lain terbunuh dalam letupan Kabul

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pemangku Menteri Pelarian dan Penghantaran Pulang Afghanistan, Khalil-ur-Rehman Haqqani
  • Pemangku Menteri Pelarian dan Penghantaran Pulang Afghanistan, Khalil-ur-Rehman Haqqani dilaporkan terbunuh, bersama enam yang lain, dalam satu insiden letupan di kementeriannya di Kabul pada Rabu, lapor media tempatan.
  • Anak saudara Haqqani, Anas Haqqani memberitahu pemberita bahawa letupan itu berlaku ketika menteri itu keluar dari masjid selepas menunaikan solat asar.
  • Insiden letupan itu menandakan pembunuhan pertama seorang menteri Afghanistan sejak Taliban kembali berkuasa di Kabul pada Ogos 2021. 
  • BBC melaporkan kumpulan pengganas ISIS/Daesh mengaku bertanggungjawab atas insiden letupan membunuh menteri Taliban itu.

Pemangku Menteri Pelarian dan Penghantaran Pulang Afghanistan, Khalil-ur-Rehman Haqqani dilaporkan terbunuh, bersama enam yang lain, dalam satu insiden letupan di kementeriannya di Kabul pada Rabu, lapor media tempatan.

Haqqani dan enam orang lain terbunuh, dan beberapa lagi cedera dalam letupan itu, lapor Tolo News memetik jurucakap Taliban.

BBC melaporkan kumpulan pengganas ISIS/Daesh mengaku bertanggungjawab atas insiden letupan membunuh menteri Taliban itu.

Anak saudara Haqqani, Anas Haqqani memberitahu pemberita bahawa letupan itu berlaku ketika menteri itu keluar dari masjid selepas menunaikan solat asar.

Terdahulu, ketua jurucakap pentadbiran Taliban, Zabihullah Mujahid memberitahu Anadolu bahawa Haqqani terbunuh dalam satu letupan di Kementerian Pelarian dan Penghantaran Pulang di Kabul.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai insiden letupan itu.

“Kami menerima dengan penuh kesedihan berita bahawa Menteri Pelarian Emirat Islam, Alhaji Khalil-ur-Rahman Haqqani, telah syahid petang ini dalam serangan biadab oleh Khawarij (musuh),” kata kenyataan Polis Kabul.

Haqqani, 58, adalah seorang pemimpin Taliban terkemuka dan abang kepada Allahyarham Jalaluddin Haqqani, pengasas rangkaian Haqqani, yang memainkan peranan penting dalam perang dua dekad Taliban menentang tentera asing pimpinan Amerika Syarikat di Afghanistan.

Insiden itu menandakan pembunuhan pertama seorang menteri Afghanistan sejak Taliban kembali berkuasa di Kabul pada Ogos 2021. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *