Gaya Hidup
Nokia HMD 105, telefon paling sesuai buat kanak-kanak
- HMD 105 yang hanya menyokong 2G kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga RM109
- Telefon yang hanya mempunyai fungsi asas untuk mesej teks dan panggilan telefon sahaja ini turut mengekalkan keistimewaannya iaitu bateri yang boleh ditanggalkan.
Pada Jun lalu, HMD melancarkan telefon mudah alih baharu di bawah jenama sendiri iaitu 105. Kini, telefon ini telah disenaraikan untuk jualan melalui platform Shopee Nokia.
Model 105 ini dijual pada harga RM109 dengan pilihan warna hitam, ungu, dan biru. Telefon ini dihantar dari China dengan jaminan pembekal dan bukannya jaminan pengeluar, tetapi ia disertakan dengan perkhidmatan tukar ganti selama setahun.
Telefon yang hanya mempunyai fungsi asas untuk mesej teks dan panggilan telefon sahaja ini turut mengekalkan keistimewaannya iaitu bateri yang boleh ditanggalkan.
Walaupun terdapat versi 4G yang lebih baru yang dilancarkan pada bulan September, model ini hanya menyokong rangkaian 2G, yang bermakna ia mempunyai sokongan internet yang sangat terhad dan kebanyakannya hanya boleh digunakan untuk mesej teks dan panggilan telefon.
Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi dengan paparan LCD 2 inci 160×120 dengan RAM dan storan hanya 4MB, tetapi ia dilengkapi dengan slot kad microSD. Telefon ini tiada kamera atau sokongan bluetooth, namun ia mempunyai soket telefon kepala 3.5mm dan sokongan radio FM.
Untuk kuasa, ia dijana oleh bateri boleh tukar 1,000mAh yang dilapor boleh bertahan sehingga 18 hari.
Amat sesuai untuk penggunaan buat kanak-kanak bukan? -The Merdeka Times