Connect with us

Otomobil

Nissan & Honda bincang bergabung, kukuhkan kedudukan dalam industri automatif global

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

  • Pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor dan Honda Motor dilaporkan merancang untuk memulakan rundingan untuk bergabung sebagai satu entiti bagi memperkukuhkan kedudukan mereka dalam industri automotif global.
  • Laporan akhbar Nikkei dipetik CNBC pada Selasa melaporkan kedua-dua syarikat itu mempertimbangkan untuk beroperasi di bawah sebuah syarikat induk dan dijangka menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dalam masa terdekat.
  • Menurut laporan itu, Nissan dan Honda bercadang untuk melibatkan Mitsubishi Motors, di mana Nissan adalah pemegang saham terbesar dengan 24 peratus pegangan saham, di bawah struktur syarikat induk itu.

Pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor dan Honda Motor dilaporkan merancang untuk memulakan rundingan untuk bergabung sebagai satu entiti bagi memperkukuhkan kedudukan mereka dalam industri automotif global.

Laporan akhbar Nikkei dipetik CNBC pada Selasa melaporkan kedua-dua syarikat itu mempertimbangkan untuk beroperasi di bawah sebuah syarikat induk dan dijangka menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dalam masa terdekat.

Menurut laporan itu, Nissan dan Honda bercadang untuk melibatkan Mitsubishi Motors, di mana Nissan adalah pemegang saham terbesar dengan 24 peratus pegangan saham, di bawah struktur syarikat induk itu.

Pelan gabungan Nissan-Honda-Mitsubishi dianggarkan mampu mencatatkan jualan lebih 8 juta kenderaan setiap tahun, di mana jumlah jualan itu akan meletakkan syarikat itu menjadi salah satu pengeluar automotif terbesar di dunia.

Bagaimanapun, angka itu masih di bawah pengeluar automotif Jepun, Toyota Motor, yang mencatatkan jualan 11.2 juta kenderaan pada 2023, dan pengeluar Jerman, Volkswagen yang merekodkan jualan 9.2 juta kenderaan pada tahun lalu.

Menerusi kenyataan berkaitan, Honda dan Nissan tidak mengesahkan atau menafikan laporan itu dengan berkata, “kandungan dilaporkan bukan dikeluarkan oleh syarikat kami.

“Seperti diumumkan pada Mac tahun ini, Honda dan Nissan sedang meneroka pelbagai kemungkinan untuk kerjasama masa depan dengan memanfaatkan kekuatan masing-masing.

“Kami akan memaklumkan kepada pemegang saham kami, sebarang perkembangan pada masa yang sesuai,” kata Honda.

Laporan mengenai pelan penggabungan itu wujud setelah kedua-dua pengeluar automotif Jepun tersebut memulakan perkongsian strategik pada awal tahun ini, melibatkan komponen automotif dan perisian yang dikongsi bersama. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *