Antarabangsa
Nahas pesawat Jeju Air: 68,000 tempahan penerbangan dibatalkan
- Beribu-ribu rakyat Korea Selatan telah membatalkan tiket penerbangan mereka selepas nahas pesawat maut meragut 179 nyawa, lapor media tempatan pada Isnin.
- Jeju Air Co. mendedahkan kira-kira 68,000 tempahan penerbangan telah dibatalkan, meliputi lebih 33,000 untuk penerbangan domestik, manakala lebih 34,000 untuk laluan antarabangsa, menurut Yonhap News Agency dipetik Anadolu.
- Syarikat penerbangan itu berkata kebanyakan penumpang membatalkan tiket mereka selepas penerbangan 7C2216, membawa 181 orang, terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di daerah barat daya Muan pada Ahad.
- Pihak berkuasa kini sedang menyiasat punca sebenar kemalangan itu dengan tumpuan diberikan kepada kemungkinan serangan burung.
- Pada Ahad, pesawat malang itu terbabas di atas tanah tanpa gear pendaratan dan merempuh dinding konkrit sebelum terbakar dengan letupan memekakkan telinga.
Beribu-ribu rakyat Korea Selatan telah membatalkan tiket penerbangan mereka selepas nahas pesawat maut meragut 179 nyawa, lapor media tempatan pada Isnin.
Jeju Air Co. mendedahkan kira-kira 68,000 tempahan penerbangan telah dibatalkan, meliputi lebih 33,000 untuk penerbangan domestik, manakala lebih 34,000 untuk laluan antarabangsa, menurut Yonhap News Agency dipetik Anadolu.
Syarikat penerbangan itu berkata kebanyakan penumpang membatalkan tiket mereka selepas penerbangan 7C2216, membawa 181 orang, terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di daerah barat daya Muan pada Ahad.
Pihak berkuasa kini sedang menyiasat punca sebenar kemalangan itu dengan tumpuan diberikan kepada kemungkinan serangan burung.
Bagaimanapun, beberapa pakar dan pemerhati pada Isnin turut menimbulkan persoalan mengenai kewujudan busut konkrit (concrete mound) di lapangan terbang itu dan berkata sama ada ketiadaannya boleh menghalang jumlah kemalangan yang tinggi.
Pada Ahad, pesawat malang itu terbabas di atas tanah tanpa gear pendaratan dan merempuh dinding konkrit sebelum terbakar dengan letupan memekakkan telinga.
Struktur konkrit itu sebahagian sistem navigasi membantu dalam pendaratan pesawat, dikenali sebagai penyetempat, dan terletak kira-kira 250 meter dari hujung landasan, menurut agensi itu. – The Merdeka Times