Connect with us

Antarabangsa

Lima wartawan terbunuh dalam serangan udara Israel berhampiran hospital Gaza

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Lima wartawan saluran Al-Quds Today terbunuh awal Khamis apabila serangan udara Israel menghentam van penyiaran mereka berhampiran Hospital al-Awda di Kem Pelarian Nuseirat di Gaza.
  • Agensi berita Anadolu memetik pegawai dan media Palestin melaporkan mereka sedang membuat liputan di hospital apabila kenderaan yang ditanda dengan perkataan “PRESS” dalam huruf merah besar, dihentam serangan Israel.
  • Mangsa dikenal pasti sebagai Fadi Hassouna, Ibrahim al-Sheikh Ali, Mohammed al-Ladah, Faisal Abu al-Qumsan dan Ayman al-Jadi.
  • Insiden terbaharu itu menjadikan jumlah wartawan dibunuh Israel di Gaza sejak Oktober tahun lalu kepada 201 wartawan.
  • Al-Jadi sedang menunggu isterinya, yang sedang melahirkan anak pertama mereka, di luar hospital pada masa serangan itu, lapor wartawan Al Jazeera, Anas al-Sharif.

Lima wartawan saluran Al-Quds Today terbunuh awal Khamis apabila serangan udara Israel menghentam van penyiaran mereka berhampiran Hospital al-Awda di Kem Pelarian Nuseirat di Gaza.

Agensi berita Anadolu memetik pegawai dan media Palestin melaporkan mereka sedang membuat liputan di hospital apabila kenderaan yang ditanda dengan perkataan “PRESS” dalam huruf merah besar, dihentam serangan Israel.

Mangsa dikenal pasti sebagai Fadi Hassouna, Ibrahim al-Sheikh Ali, Mohammed al-Ladah, Faisal Abu al-Qumsan dan Ayman al-Jadi.

Pejabat Media Kerajaan di Gaza mengecam pembunuhan itu dan menggesa masyarakat antarabangsa dan kumpulan hak asasi untuk mengutuk jenayah Israel dan mendakwa mereka di hadapan mahkamah antarabangsa.

Insiden terbaharu itu menjadikan jumlah wartawan dibunuh Israel di Gaza sejak Oktober tahun lalu kepada 201 wartawan.

Al-Jadi sedang menunggu isterinya, yang sedang melahirkan anak pertama mereka, di luar hospital pada masa serangan itu, lapor wartawan Al Jazeera, Anas al-Sharif.

Rakaman tempat kejadian menunjukkan van itu terbakar ketika pasukan pertahanan awam berusaha mencari mayat dan memadamkan kebakaran.

Tentera Israel mengesahkan serangan itu, berkata ia menyasarkan kenderaan membawa anggota Jihad Islam.

Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) mengecam pembunuhan itu dan meminta akauntabiliti pihak yang bertanggungjawab (Tentera Israel). – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *