Connect with us

Antarabangsa

Kumpulan anti-rejim di Syria tawan bandar Hama

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata anti-rejim di Syria dilaporkan telah menawan bandar Hama, merampas pusat bandar, mengukuhkan kawalan dan memaksa tentera rejim untuk menyerah kalah.
  • Ia mewujudkan kawalan penuh di pusat bandar selepas menawan kawasan kejiranan Mezarib, Sanayi dan Arbain.
  • “Penjenayah Hafez al-Assad memasukinya dengan kereta kebal dan mencurinya daripada rakyatnya, dan hari ini kami memasukinya dengan kereta kebal dan mengembalikannya kepada rakyatnya,” kata Komander Jabatan Gerakan Tentera yang dibentuk kumpulan anti-rejim, Hassan Abdul Ghani di platform X, dipetik agensi berita Anadolu pada Khamis.

Kumpulan bersenjata anti-rejim di Syria dilaporkan telah menawan bandar Hama, merampas pusat bandar, mengukuhkan kawalan dan memaksa tentera rejim untuk menyerah kalah.

Ia mewujudkan kawalan penuh di pusat bandar selepas menawan kawasan kejiranan Mezarib, Sanayi dan Arbain.

“Penjenayah Hafez al-Assad memasukinya dengan kereta kebal dan mencurinya daripada rakyatnya, dan hari ini kami memasukinya dengan kereta kebal dan mengembalikannya kepada rakyatnya,” kata Komander Jabatan Gerakan Tentera yang dibentuk kumpulan anti-rejim, Hassan Abdul Ghani di platform X, dipetik agensi berita Anadolu pada Khamis.

Tentera rejim Syria dalam kenyataan mengumumkan pengundurannya dari bandar dan penempatan semula ke pinggirnya selepas kumpulan anti-rejim menguasai bandar itu.

Kumpulan anti-rejim diketuai Hayat Tahrir al-Sham, yang bertempur dengan tentera rejim Assad sejak 27 November lalu, meneruskan kemaraan mereka dalam wilayah Hama. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *