Antarabangsa
ChatGPT kini boleh diakses di WhatsApp
- OpenAI membawa ChatGPT ke WhatsApp buat kali pertama dan ia adalah percuma untuk digunakan.
- Ciri baharu itu akan membolehkan pengguna bersembang dengannya seperti menggunakan manusia atau kecerdasan buatan (AI) yang terbina dalam platform pemesejan Meta, lapor portal Tom’s guide.
- Pengumuman pada Khamis itu akan membolehkan orang ramai menambah 1-800-CHATGPT (1-800-242-8478) sebagai kenalan dalam WhatsApp dari mana-mana sahaja di dunia.
- WhatsApp ialah antara aplikasi pemesejan paling banyak digunakan di seluruh dunia dengan lebih 2.7 bilion pengguna, dijangka melepasi 3 bilion tahun depan.
OpenAI membawa ChatGPT ke WhatsApp buat kali pertama dan ia adalah percuma untuk digunakan.
Ciri baharu itu akan membolehkan pengguna bersembang dengannya seperti menggunakan manusia atau kecerdasan buatan (AI) yang terbina dalam platform pemesejan Meta, lapor portal Tom’s guide.
Pengumuman pada Khamis itu akan membolehkan orang ramai menambah 1-800-CHATGPT (1-800-242-8478) sebagai kenalan dalam WhatsApp dari mana-mana sahaja di dunia.
Ini ialah cara untuk membenarkan orang ramai terlibat dengan AI walaupun mereka menggunakan sambungan mudah alih data rendah.
WhatsApp ialah antara aplikasi pemesejan paling banyak digunakan di seluruh dunia dengan lebih 2.7 bilion pengguna, dijangka melepasi 3 bilion tahun depan.
Ia merupakan platform penting untuk OpenAI mendapatkan akses, terutamanya dengan peningkatan populariti MetaAI.
Pengguna boleh menghubungi ChatGPT dan melakukan perbualan suara dengan AI yang mana menggunakan teknologi sama di sebalik Realtime API.
Dengan ChatGPT pada WhatsApp pengguna akan dapat bertanya soalan seperti mereka bercakap dengan manusia dan boleh berbuat demikian tanpa aplikasi ChatGPT. – The Merdeka Times