Connect with us

Terkini

Kembalikan UPSR, kurangkan subjek kepada BM, BI dan Matematik

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto : Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir
  • Kementerian Pendidikan (KPM) disarankan mengembalikan semula Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai satu kaedah penilaian akademik di mana subjek dalam peperiksaan itu dikurangkan dengan hanya membabitkan mata pelajaran Bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Ahli Parlimen Libaran dari BN/UMNO, Datuk Suhaimi Nasir berkata pada masa sama pembelajaran berasaskan ‘inquiry and exploration’ serta pentaksiran bagi perkembangan pelajar berasaskan kaedah itu boleh dilaksanakan tetapi hanya melibatkan beberapa subjek tertentu seperti Sains dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
  • “Dengan cadangan ini, penilaian terhadap penguasaan akademik serta perkembangan pelajar dapat dilaksanakan dengan holistik selain kementerian dapat mengurangkan tekanan kepada murid dan seterusnya menggalakkan mereka untuk seronok ke sekolah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan (KPM) disarankan mengembalikan semula Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai satu kaedah penilaian akademik di mana subjek dalam peperiksaan itu dikurangkan dengan hanya membabitkan mata pelajaran Bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Matematik.

Ahli Parlimen Libaran dari BN/UMNO, Datuk Suhaimi Nasir berkata pada masa sama pembelajaran berasaskan ‘inquiry and exploration’ serta pentaksiran bagi perkembangan pelajar berasaskan kaedah itu boleh dilaksanakan tetapi hanya melibatkan beberapa subjek tertentu seperti Sains dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

“Dengan cadangan ini, penilaian terhadap penguasaan akademik serta perkembangan pelajar dapat dilaksanakan dengan holistik selain kementerian dapat mengurangkan tekanan kepada murid dan seterusnya menggalakkan mereka untuk seronok ke sekolah,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Pada 26 November lalu, BERNAMA melaporkan keputusan KPM memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan terhadap murid sekolah bertujuan mengurangkan tekanan mereka.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata sehubungan dengan itu, KPM mengambil pendekatan agar tumpuan pembelajaran di sekolah berasaskan inquiry (pertanyaan), eksplorasi, pengalaman, contextual (mengikut konteks) serta pentaksiran yang sepenuhnya melihat kepada pembangunan holistik murid.

KPM sebelum ini turut dilaporkan mengekalkan keputusan untuk tidak mengembalikan pelaksanaan UPSR dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), yang masing-masing dimansuhkan pada 2021 dan 2022, susulan kedua-duanya tidak lagi relevan untuk dilaksanakan dalam pentaksiran pendidikan murid sekolah.

Suhaimi yang juga Ketua UMNO Bahagian Libaran berkata ujian seperti UPSR di peringkat sekolah rendah adalah penting bagi mengenal pasti tahap penguasaan 3M (membaca, mengeja dan mengira) dan pencapaian akademik seorang murid.

Saya mengambil maklum mengenai cadangan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri bagi memansuhkan ujian serta pembelajaran berorientasikan peperiksaan. 

“Saya ingin mencadangkan kepada kementerian agar cadangan tersebut tidak dilaksanakan…. Ujian seperti UPSR di peringkat sekolah rendah adalah penting bagi mengenalpasti tahap penguasaan 3M dan pencapaian akademik seorang murid.

“Hasil daripada ujian tersebut juga boleh digunakan bagi proses penempatan ke sekolah menengah ataupun sekolah berasrama penuh. 

“Saya berpandangan, kaedah pentaksiran semasa yang digunakan bagi menilai pelajaran adalah kurang sesuai… Tidak semua sekolah mempunyai sumber yang mencukupi untuk melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah dengan efektif terutamanya di kawasan pedalaman Sabah.

“Guru-guru juga menghadapi beban tambahan dalam menyediakan pentaksiran berterusan yang mungkin menjejaskan fokus pada pengajaran,” kata Suhaimi. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *