Connect with us

Agama

JAIS segerakan teks khutbah Jumaat sentuh isu ‘swinger’

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

  • Jabatan Agama Selangor (JAIS) akan menyegerakan teks khutbah berkaitan isu ‘swinger’ atau bertukar-tukar pasangan.
  • Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata ia sebagai langkah pencegahan dan kesedaran kepada masyarakat bahawa perbuatan itu dilarang agama.
  • Beliau mengulas pendedahan aktiviti tidak bermoral ‘swinger’ itu oleh bekas guru, Mohd Fadhli Mohammed Salleh atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fadhli di Facebooknya.

KUALA LUMPUR — Jabatan Agama Selangor (JAIS) akan menyegerakan teks khutbah berkaitan isu ‘swinger’ atau bertukar-tukar pasangan.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata ia sebagai langkah pencegahan dan kesedaran kepada masyarakat bahawa perbuatan itu dilarang agama.

“Ia bukan hanya dilarang agama tapi dalam aspek kemanusian pun tidak boleh diterima.

“Ini soal maqasid dan prinsip yang diterima tetapi tiba-tiba ada orang Islam sendiri yang langgar, ini perlu ditegaskan melalui khutbah yang akan dikeluarkan segera,” katanya dipetik Sinar Harian pada Khamis.

Beliau mengulas pendedahan aktiviti tidak bermoral ‘swinger’ itu oleh bekas guru, Mohd Fadhli Mohammed Salleh atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fadhli di Facebooknya.

Menerusi hantaran di laman sosial itu, Cikgu Fadhli menyuarakan kebimbangan apabila kumpulan ‘swinger’ dikatakan semakin berani mendedahkan segala aktiviti mereka secara terbuka melalui platform media sosial.

Beliau turut meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memberi perhatian dan bertindak susulan perlakuan itu yang dikatakan turut membabitkan orang Islam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *