Antarabangsa
Israel serang lebih 250 lokasi di seluruh Syria
- Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas sekurang-kurangnya 250 sasaran di seluruh Syria susulan kejatuhan rejim Bashar al-Assad.
- Radio Tentera Israel pada Isnin melaporkan ia merupakan salah satu serangan udara terbesar dalam sejarah Israel.
- Serangan udara itu menyasarkan pangkalan tentera Syria, berpuluh-puluh jet pejuang, sistem peluru berpandu darat ke udara, tapak pengeluaran senjata dan kemudahan penyimpanan, kata laporan radio tentera itu dipetik media antarabangsa.
Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas sekurang-kurangnya 250 sasaran di seluruh Syria susulan kejatuhan rejim Bashar al-Assad.
Radio Tentera Israel pada Isnin melaporkan serangan itu merupakan salah satu serangan udara terbesar dalam sejarah Israel.
Ia menyasarkan pangkalan tentera Syria, berpuluh-puluh jet pejuang, sistem peluru berpandu darat ke udara, tapak pengeluaran senjata dan kemudahan penyimpanan, kata laporan radio tentera itu dipetik media antarabangsa.
Tentera rejim Israel dilaporkan memasuki zon penampan di Bukit Golan yang diduduki dan menawan kawasan itu susulan pengunduran tentera Syria.
Israel menduduki Dataran Tinggi Golan sejak 1967 dengan Perjanjian Penghapusan 1974 antara Israel dan Syria menentukan sempadan zon penampan dan demiliterisasi. – The Merdeka Times