Antarabangsa
Israel serang depot, ‘sisa senjata’ rejim Syria
- Israel menyerang depot senjata tentera Syria berhampiran lapangan terbang tentera Mazzeh di pinggir Damsyik pada Ahad.
- Perkara itu dilaporkan pemantau perang kepada AFP selain maklumat itu turut disokong sumber keselamatan Lubnan dan Syria yang bercakap dengan Reuters, dengan kedua-dua laporan dipetik TRT.
- Sekurang-kurangnya enam serangan dilakukan ke atas pangkalan udara utama di utara bandar Suweida, menempatkan simpanan besar roket dan peluru berpandu yang ditinggalkan tentera rejim Syria.
- Sumber mencadangkan serangan itu bertujuan menghalang senjata ini daripada jatuh ke tangan kumpulan pembangkang Syria.
- Sejak 7 Oktober 2023, Israel meningkatkan tindakan ketenteraannya di Syria, menyasarkan tapak yang dikaitkan dengan apa yang didakwanya sebagai militia yang disokong Iran dan lokasi strategik lain.
Israel menyerang depot senjata tentera Syria berhampiran lapangan terbang tentera Mazzeh di pinggir Damsyik pada Ahad.
Perkara itu dilaporkan pemantau perang kepada AFP selain maklumat itu turut disokong sumber keselamatan Lubnan dan Syria yang bercakap dengan Reuters, dengan kedua-dua laporan dipetik TRT.
Jet Israel juga mengebom pangkalan udara Khalkhala di selatan Syria, yang dikosongkan tentera dalam semalaman.
Setakat ini, rejim Israel tidak mengulas mengenai serangan udara yang dilaporkan itu.
Sekurang-kurangnya enam serangan dilakukan ke atas pangkalan udara utama di utara bandar Suweida, menempatkan simpanan besar roket dan peluru berpandu yang ditinggalkan tentera rejim Syria.
Sumber mencadangkan serangan itu bertujuan menghalang senjata ini daripada jatuh ke tangan kumpulan pembangkang Syria.
Sejak 7 Oktober 2023, Israel meningkatkan tindakan ketenteraannya di Syria, menyasarkan tapak yang dikaitkan dengan apa yang didakwanya sebagai militia yang disokong Iran dan lokasi strategik lain.
Serangan udara Israel berulang kali menyasarkan lapangan terbang dan infrastruktur tentera, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik dan Lapangan Terbang Aleppo, mengganggu operasi dan merosakkan infrastruktur.
Rejim zionis mewajarkan tindakan itu sebagai usaha menghalang pemindahan senjata dan anggota kepada Hizbullah, walaupun beroperasi dalam sempadan Syria. – The Merdeka Times