Connect with us

Antarabangsa

Israel sedia serang Yaman – Media

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Israel sedang bersiap sedia untuk melakukan serangan ke atas kumpulan Houthi Yaman, lapor badan penyiaran awam Israel, KAN pada Isnin. 
  • Pengumuman itu dibuat selepas Israel memintas peluru berpandu balistik dan dron dilancarkan Houthi pada awal hari itu.
  • “Houthi telah mengambil alih tugas menyerang Israel bagi seluruh paksi Iran,” kata badan penyiaran itu dipetik agensi berita Anadolu pada Selasa.
  • KAN menyatakan kedudukan lemah rejim Bashar al-Assad yang digulingkan di Syria dan kumpulan Hizbullah di Lubnan sebagai faktor penyumbang kepada perkembangan itu.
  • Houthi, dalam solidariti dengan Gaza, yang berdepan perang genosid Israel sejak 7 Oktober 2023, menyasarkan kapal kargo Israel atau kapal dikaitkan dengan Tel Aviv di Laut Merah, menyatakan keazaman meneruskan operasi sehingga berakhirnya serangan rejim zionis ke atas wilayah Palestin yang dikepung itu.

Israel sedang bersiap sedia untuk melakukan serangan ke atas kumpulan Houthi Yaman, lapor badan penyiaran awam Israel, KAN pada Isnin. 

Pengumuman itu dibuat selepas Israel memintas peluru berpandu balistik dan dron dilancarkan Houthi pada awal hari itu.

“Houthi telah mengambil alih tugas menyerang Israel bagi seluruh paksi Iran,” kata badan penyiaran itu dipetik agensi berita Anadolu pada Selasa.

KAN menyatakan kedudukan lemah rejim Bashar al-Assad yang digulingkan di Syria dan kumpulan Hizbullah di Lubnan sebagai faktor penyumbang kepada perkembangan itu.

Badan penyiaran itu juga melaporkan konsensus telah dicapai dalam entiti keselamatan Israel untuk menyerang balik sasaran Houthi.

Terdahulu pada Isnin, Houthi mengaku bertanggungjawab atas serangan peluru berpandu balistik hipersonik ke atas sasaran tentera di Jaffa, sebuah bandar di tengah Israel, mengakibatkan lima kecederaan.

Houthi, dalam solidariti dengan Gaza, yang berdepan perang genosid Israel sejak 7 Oktober 2023, menyasarkan kapal kargo Israel atau kapal dikaitkan dengan Tel Aviv di Laut Merah, menyatakan keazaman meneruskan operasi sehingga berakhirnya serangan rejim zionis ke atas wilayah Palestin yang dikepung itu.

Israel sebelum ini dilaporkan melakukan dua operasi tentera terhadap Yaman.

Sejak awal 2024, pakatan diketuai Amerika Syarikat, yang juga sekutu kuat rejim Israel, melakukan serangan udara yang dikatakan menyasarkan lokasi Houthi di bahagian Yaman sebagai tindak balas terhadap serangan kumpulan itu di Laut Merah. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *