Terkini
Ibu bapa jangan ambil jalan mudah serah telefon pada anak-anak
- Ahli Parlimen Hulu Selangor, Hasnizan Harun berkata penggunaan peranti itu tanpa sebarang kawalan boleh merosakkan minda dan mata anak-anak di mana ketika ini ramai pelajar darjah satu sudah memakai cermin mata tebal.
- “Di internet macam-macam info dia boleh buka walaupun budak-budak… Saya baru-baru ini kebetulan kami Ahli Parlimen dipanggil (untuk) satu Rang Undang-undang (RUU) dan dalam RUU tu mengejutkan saya budak lima tahun buat benda tak senonoh ini saya kata sebab apa? Terdedah dengan benda bukan-bukan.
- “Jadi sebab itu saya ingatkan tuan-tuan dan puan-puan bahawa telefon kita boleh kita serahkan kepada anak-anak kita tetapi hendaklah kita kawal telefon kita jangan sebab kita nak senang kita nak tengok handphone kita, kita bagi anak-anak kita main tanpa kawalan dan akhirnya dia sibuk dengan handphone dan akhirnya mata mereka rosak, minda mereka pun rosak,” kata Hasnizan menerusi klip video dimuat naik di Facebook pada Isnin.
KUALA LUMPUR — Ibu bapa diingatkan supaya tidak mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah, termasuk cuba mendiamkan anak-anak dengan menyerahkan telefon bimbit kepada mereka.
Ahli Parlimen Hulu Selangor, Hasnizan Harun berkata penggunaan peranti itu tanpa sebarang kawalan boleh merosakkan minda dan mata anak-anak di mana ketika ini ramai pelajar darjah satu sudah memakai cermin mata tebal.
Beliau juga meluahkan rasa terkejut dengan maklumat berkenaan kelakuan tidak senonoh dilakukan seorang kanak-kanak berusia lima tahun.
“Di internet macam-macam info dia boleh buka walaupun budak-budak… Saya baru-baru ini kebetulan kami Ahli Parlimen dipanggil (untuk) satu Rang Undang-undang (RUU) dan dalam RUU tu mengejutkan saya budak lima tahun buat benda tak senonoh ini saya kata sebab apa? Terdedah dengan benda bukan-bukan.
“Ini dibentangkan oleh polis dia tak tapis kepada kami sebab dia nak beritahu kepada kami, Ahli Parlimen inilah yang berlaku di seluruh Malaysia sekarang.
“Jadi sebab itu saya ingatkan tuan-tuan dan puan-puan bahawa telefon kita boleh kita serahkan kepada anak-anak kita tetapi hendaklah kita kawal telefon kita jangan sebab kita nak senang kita nak tengok handphone kita, kita bagi anak-anak kita main tanpa kawalan dan akhirnya dia sibuk dengan handphone dan akhirnya mata mereka rosak, minda mereka pun rosak,” kata Hasnizan menerusi klip video dimuat naik di Facebook pada Isnin.
Dalam perkembangan lain, Pengarah Eksekutif Women’s Centre for Change (WCC) Pulau Pinang, Loh Cheng Kooi dilaporkan melahirkan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan kes salah laku seksual, disebabkan kebolehcapaian internet yang meluas dan kemajuan teknologi yang pesat.
Cheng Kooi dipetik berkata kanak-kanak ini semakin terdedah kerana mereka kurang pemahaman mengenai bahaya bersosial secara dalam talian dan ramai telah didapati menggunakan aplikasi temu janji atau berkongsi kandungan seksual eksplisit dalam sembang berkumpulan di pelbagai platform media sosial.
“Kes-kes penyalahgunaan seksual baru-baru ini menunjukkan bahawa remaja seawal usia 13 hingga 16 tahun sudah biasa dengan amalan seksual yang dipengaruhi bahan pornografi, yang secara serius telah memesongkan pandangan mereka,” katanya dipetik The Star pada Isnin. — The Merdeka Times