Connect with us

Politik

(VIDEO) Bawa agenda sekularisme, Belia Muslim perlu berjaga-jaga dengan DAP, Sisters in Islam

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Naib Presiden NGO Geng Ustaz, Aubidullah Fahim

KUALA LUMPUR — Anak muda, khususnya belia Muslim, perlu ‘alert’ (berjaga-jaga) dan memberikan perhatian terhadap pihak yang dilihat cuba mempromosi dan menggerakkan agenda sekularisme di negara ini.

Ini termasuk parti DAP dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Sisters In Islam (SIS).

Naib Presiden NGO Geng Ustaz, Aubidullah Fahim berkata beliau tidak menolak antara faktor penyumbang kepada penyebaran dan perkembangan ideologi itu di Malaysia kerana wujudnya gerakan sekularisme sedemikian, termasuk parti politik.

Beliau berkata parti DAP jelas dilihat dalam perlembagaannya memperjuangkan negara sekular dan ia memberikan keadaan sangat bahaya dalam negara ini.

Katanya, jika DAP sebelum ini tidak menjadi sebahagian kerajaan, maka langkah parti itu mungkin tidak terlalu aktif dan jauh, tetapi hari ini apabila parti politik itu menjadi salah satu anggota kerajaan semestinya akan ada agenda-agenda mereka yang boleh bergerak dengan lebih jauh dan lebih aktif lagi dalam mempromosikan dan menggerakkan agenda sekularisme.

“Kalau dahulu, sebelum ini, DAP bukan menjadi sebahagian kerajaan maka mungkin langkahnya itu tidak terlalu aktif dan juga langkah jauh, tapi hari ini bila mana dalam suasana DAP sebagai salah sebuah anggota kerajaan, maka semestinya di sana ada agenda-agenda yang mereka boleh bergerak lebih jauh dan juga lebih aktif dalam mempromosi dan juga menggerakkan agenda sekularisme

“…Saya sangat setuju supaya anak muda sangat perlu memberikan alert dan juga perhatian yang menganggap ini adalah satu bahaya.

“Sebab hari ini, DAP dia cuba untuk mempromosi seolah-olah DAP ini tidak… terbuka kepada semua anak muda Melayu boleh menyertai DAP dan juga ada beberapa tokoh katolik kalau kita lihat anak muda yang diketengahkan, yang mana mereka ini anak muda orang Melayu dan juga Islam tapi dia menganggotai sebagai anggota dalam parti DAP,” katanya kepada The Merdeka Times ketika ditemui di program Sidang Meja Bulat “Wacana Penyatuan Melayu dan Islam” di Brainy Bunch International School, Taman Melawati Campus di sini, malam tadi.

Foto: Program Sidang Meja Bulat “Wacana Penyatuan Melayu dan Islam” di Brainy Bunch International School, Taman Melawati Campus di sini, malam tadi.

Aubidullah berkata demikian ketika menjawab pertanyaan wartawan antaranya berkenaan apakah beliau merasakan anak-anak muda, khususnya belia Muslim, wajar bersikap berhati-hati dengan Sister in Islam dan DAP, susulan beliau sebelum itu dilihat mengatakan bahawa “kedua-dua entiti” itu mempromosikan sekularisme.

Ia soalan susulan selepas beliau menjawab pertanyaan apakah contoh spesifik NGO atau gerakan sekularisme di Malaysia yang dianggap sebagai ancaman memandangkan semalam beliau telah membentangkan topik ‘Ancaman Sekularisme di Malaysia’.

Program anjuran Gabungan NGO Belia Islam Malaysia itu menghimpunkan NGO-NGO Belia Islam di sekitar Lembah Kelang menerusi tajuk, “Bahaya Ancaman Gerakan Sekularisme di Malaysia”.

Pengerusi Jawatankuasa Belia Gerakan Pembela Ummah/Gabungan NGO Belia Islam Malaysia, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai menerusi kenyataan berkata, antara resolusi kepada Sidang Meja Bulat itu adalah pihaknya menolak sekeras-kerasnya semua gerakan sekularisme di Malaysia dan sekutu-sekutu mereka, terutama SIS dan parti DAP, yang secara konsisten dalam perjuangan mereka ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular.

Foto: Gambar program Sidang Meja Bulat anjuran Gabungan NGO Belia Islam yang menghimpunkan NGO-NGO Belia Islam di sekitar Lembah Kelang.

Resolusi lain adalah Kesatuan NGO Belia Islam akan menggerakkan kempen berskala besar dan jelajah ke seluruh negara untuk mendidik dan memujuk rakyat Malaysia, khususnya pengundi muda Melayu-Islam, agar menolak agenda sekularisme yang dibawa mana-mana pihak, khususnya NGO SIS (dalam konteks sosial) dan DAP (dalam konteks politik) dalam PRU ke-16 akan datang.

Secara keseluruhannya terdapat enam resolusi Sidang Meja Bulat tersebut yang telah dibacakan Penasihat Gabungan NGO Belia Islam Malaysia, Mohamad Kamal Mohamed pada malam tadi.

Untuk rekod, DAP dilaporkan mengatakan ia tidak perlu menggugurkan agenda Negara Sekular dan slogan ‘Malaysian Malaysia’ kerana persefahaman sudah dicapai di antara parti dalam gabungan sebelum terbentuknya Kerajaan Perpaduan.

Berita Harian pada pada 2 September 2023 melaporkan, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata sebelum Kerajaan Perpaduan dibentuk, semua parti membuat perjanjian dan bersetuju tidak akan menyentuh prinsip serta perlembagaan parti masing-masing.

Anthony dilaporkan berkata DAP juga tidak pernah meminta parti politik lain meminda perlembagaan mereka kerana semua parti mempunyai prinsip perjuangan atau ideologi masing-masing.— The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *