Connect with us

Politik

‘Buat apa nak merayu’ – Hishammuddin

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein
  • Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengulangi pendiriannya enggan merayu selepas keahliannya digantung oleh parti terbabit selama enam tahun bermula 27 Januari tahun lalu.
  • “Buat apa nak merayu. Sampai sekarang pun saya tak tahu mengapa digantung,” katanya dipetik media tempatan ketika ditemui di Dewan Rakyat di sini hari ini.
  • Difahamkan, beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai tindakan UMNO pada 25 November lalu yang menarik semula penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang sebelum ini dilaporkan digantung keahlian selama enam tahun bermula September 2022 kerana kesalahan mengkritik parti.

KUALA LUMPUR — Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengulangi pendiriannya enggan merayu selepas keahliannya digantung oleh parti terbabit selama enam tahun bermula 27 Januari tahun lalu.

Hishamuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong itu menegaskan ini kerana sehingga ke hari ini beliau tidak tahu punca keahliannya digantung.

“Buat apa nak merayu. Sampai sekarang pun saya tak tahu mengapa digantung,” katanya dipetik media tempatan ketika ditemui di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Difahamkan, beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai tindakan UMNO pada 25 November lalu yang menarik semula penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang sebelum ini dilaporkan digantung keahlian selama enam tahun bermula September 2022 kerana kesalahan mengkritik parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada I Disember lalu dilaporkan menyatakan kesediaan membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.

Antaranya adalah Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dan juga bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein susulan isu penggantungan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *