Antarabangsa
AS perhebatkan usaha cegah salah guna senjata kimia Syria
- Amerika Syarikat (AS) bekerjasama dengan sekutunya di Asia Barat untuk memastikan senjata kimia rejim Assad tidak jatuh ke tangan kumpulan pengganas, demikian menurut laporan media pada Isnin.
- “Kami mengambil langkah yang sangat berhemat mengenai perkara ini,” kata Axios memetik seorang pegawai AS sebagai berkata demikian semasa taklimat pada Ahad, dipetik agensi berita Anadolu hari ini.
- Pegawai itu menekankan bahawa usaha sedang dijalankan untuk mengamankan dan memusnahkan bahan berbahaya itu.
- Presiden Joe Biden dalam ucapan, mengesahkan komitmen AS untuk melindungi jiran Syria, termasuk Lubnan, Jordan, Iraq dan Israel, dari ancaman yang mungkin timbul dari negara itu.
- “Kami akan melibatkan diri dengan semua kumpulan Syria untuk mewujudkan peralihan ke arah Syria yang berdaulat dan bebas yang berkhidmat untuk semua rakyat Syria,” kata Biden.
Amerika Syarikat (AS) bekerjasama dengan sekutunya di Asia Barat untuk memastikan senjata kimia rejim Assad tidak jatuh ke tangan kumpulan pengganas, demikian menurut laporan media pada Isnin.
“Kami mengambil langkah yang sangat berhemat mengenai perkara ini,” kata Axios memetik seorang pegawai AS sebagai berkata demikian semasa taklimat pada Ahad, dipetik agensi berita Anadolu hari ini.
Pegawai itu menekankan bahawa usaha sedang dijalankan untuk mengamankan dan memusnahkan bahan berbahaya itu.
Dalam menangani situasi itu, Presiden Joe Biden dalam ucapannya, mengesahkan komitmen AS untuk melindungi jiran Syria, termasuk Lubnan, Jordan, Iraq dan Israel, dari ancaman yang mungkin timbul dari negara itu.
“Kami akan melibatkan diri dengan semua kumpulan Syria untuk mewujudkan peralihan ke arah Syria yang berdaulat dan bebas yang berkhidmat untuk semua rakyat Syria,” kata Biden.
Tentera Israel juga dilaporkan melakukan serangan udara ke atas kemudahan yang dikaitkan dengan senjata kimia Syria dan program peluru berpandu balistik pada hujung minggu.
Pusat Arahan AS (CENTCOM) juga mengumumkan serangan udara ketepatan yang menyasarkan kem ISIS/Daesh di tengah Syria sebagai sebahagian daripada misi lebih luas untuk menghalang kumpulan pengganas daripada berkumpul semula.
Pasukan tentera revolusi Syria yang menggulingkan rejim Assad, semasa bergerak ke arah Damsyik, telah berjanji untuk mengamankan tapak senjata kimia secara bertanggungjawab dan menawarkan untuk berkoordinasi dengan pemantau antarabangsa bagi memastikan pematuhan undang-undang antarabangsa. – The Merdeka Times