Connect with us

Antarabangsa

Ahli Parlimen Russia cadangkan larangan merokok semasa berjalan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Ahli Parlimen Russia, Amir Khamitov mencadangkan larangan merokok semasa berjalan di jalanan.
  • Cadangan larangan itu dilaporkan RIA Novosti pada Isnin memetik surat dihantar Khamitov yang juga Ketua Jawatankuasa Sukan Duma (Dewan Rakyat Parlimen Russia) kepada Menteri Kesihatan Russia, Mikhail Murashko sebagai menggesa pindaan kepada undang-undang merokok 2013, yang mengehadkan aktiviti itu di tempat awam.
  • “Mengharamkan merokok sambil berjalan akan menjadikan bandar lebih bersih dan lebih menyenangkan untuk didiami. Selain itu, larangan itu akan membantu mengurangkan penyebaran merokok di kalangan orang muda,” tulis Ahli Parlimen Russia itu dipetik RT.
  • Undang-undang 2013 Russia melarang merokok di restoran dan bar, kereta api jarak jauh dan di pintu masuk blok perumahan. Merokok adalah dilarang di lokasi luar seperti taman, dengan amalan itu juga menyalahi undang-undang di sekitar pintu masuk ke kebanyakan tempat awam. 
  • Larangan itu kemudiannya diperluaskan kepada pelbagai jenis rokok elektronik, vape dan kaedah merokok tidak konvensional yang lain.

Ahli Parlimen Russia, Amir Khamitov mencadangkan larangan merokok semasa berjalan di jalanan.

Cadangan larangan itu dilaporkan RIA Novosti pada Isnin memetik surat dihantar Khamitov yang juga Ketua Jawatankuasa Sukan Duma (Dewan Rakyat Parlimen Russia) kepada Menteri Kesihatan Russia, Mikhail Murashko sebagai menggesa pindaan kepada undang-undang merokok 2013, yang mengehadkan aktiviti itu di tempat awam.

“Mengharamkan merokok sambil berjalan akan menjadikan bandar lebih bersih dan lebih menyenangkan untuk didiami. Selain itu, larangan itu akan membantu mengurangkan penyebaran merokok di kalangan orang muda,” tulis Ahli Parlimen Russia itu dipetik RT.

Ketika dihubungi agensi itu untuk komen, Khamitov mengesahkan dia memang mencadangkan idea itu. 

Ahli Parlimen itu berkata beliau didekati dengan cadangan inisiatif itu oleh sekumpulan aktivis sivik yang tidak dinyatakan.

“Hakikatnya ialah merokok sambil berjalan membahayakan orang di sekeliling anda secara serentak dalam beberapa cara. Ini termasuk perokok pasif bagi mereka yang berdekatan, pencemaran alam sekitar oleh puntung rokok yang bertaburan secara rawak serta menunjukkan contoh negatif kepada kanak-kanak dan golongan muda,” katanya.

Tidak jelas sama ada perokok masih boleh mengamalkan tabiat mereka sambil berdiri di jalanan sekiranya pindaan dicadangkan itu diterima pakai.

Undang-undang 2013 Russia melarang merokok di restoran dan bar, kereta api jarak jauh dan di pintu masuk blok perumahan. Merokok adalah dilarang di lokasi luar seperti taman, dengan amalan itu juga menyalahi undang-undang di sekitar pintu masuk ke kebanyakan tempat awam. 

Larangan itu kemudiannya diperluaskan kepada pelbagai jenis rokok elektronik, vape dan kaedah merokok tidak konvensional yang lain. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *